Monday, November 29, 2010

Sunday, November 28, 2010

Gambar Lunch dan Karaoke KLP 81 (27 Nov 2010)






























One Moment In Time - Whitney Houston [Lyrics]




Lagu ni buatkan kami kat karaoke ari tu bersemangat sangat....Thanks...to all... terutamanya Sanusi...sebab sponsor sesi karaoke tu...it was really beautiful and memorable night for us....

Whitney Houston- The greatest love of all (with lyrics)




dont worry always be happy....
This song is dedicated to all KLPian 1981 ...Have a nice day....

Saturday, November 27, 2010


DETOX 30 YRS

Each time after our gathering despite indulging in so much good food ,I detox 30 years . Kata lah apa suka, Anna cakap orang putih ka, Anna nyanyi lagu orang putih ka ,tak kisah pasai Anna tau Anna ni tetap tak putih tapi KLP

Would love to stay longer for the karaoke session, but got to juggle between motherhood, wife,family,friends & career. Do know I am always with you and tonight I dedicate this Whitney's song to all of us. Tengok rambut Whitney of the 80's ingatlah Anna Al Friday ok.
Greatest Love of All
I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone who fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me
I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I'll live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all
And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love
lots of luv,
Anna Al Friday

Tuesday, November 16, 2010

Hargai lah Ibu Anda...



Seminggu yang lalu Ibu saya sakit kuat...dia dah berusia 73 tahun. Disaat melihat keuzuran Ibu.... saya berasa sungguh sedih. Ketika itu keadaan ibu sungguh lemah dan tidak berdaya.Dia tidak boleh berjalan, bercakap dan kurang pendengaran... Saya berdoa siang malam supaya Ibu cepat sembuh. Saya menjaga Ibu kerana selama ini dia memang tinggal bersama saya. Saya mengambil cuti, kebetulan waktu itu pelajar saya sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, saya mohon cuti demi menjaga ibu kerana adik beradik yang lain agak sibuk dengan tugas masing2...biasalah...

Ibu memang rapat dengan saya kerana saya anak perempuan sulung daripada 10 adik beradik. Jika sakit pun dia mahukan saya. Hampir setiap hari menitis air mata saya melihat keuzurannya. Setiap pagi saya mandikan dia, menyuapnya makan, membawanya berjalan menggunakan kerusi roda disekitar kawasan rumah saya. Setiap malam saya tidur dengan dia, berbual dengan dia walaupun keadaannya amat uzur ketika itu....jika saya kecil dulu dia yang menjaga saya kini tibalah masanya saya menjaga ibu....pelbagai kenangan bersamanya bermain dalam fikiran saya. Masih saya ingat.... dia selalu bercerita dengan anak2 saya mengenai saya sewaktu kecil2 dulu dan katanya sayalah yang paling periang dan lasak seperti seorang budak lelaki....dalam pandangan mata yang berkaca-kaca, saya renung wajahnya yang uzur ketika dia tidur...sedih teramat sedih rasanya...saya peluk dan tidur disisinya. Saya hanya mampu berdoa setiap malam agar Ibu cepat sembuh...saya takut kehilangan nya...

Alhamdulillah kini dia beransur pulih...mungkin benar kata2 anak2 saya bahawa kasih sayang yang saya berikan dan curahkan ketika beliau sakit membuatkan ibu saya cepat sembuh...saya percaya kasih sayang adalah ubat paling mujarab menyembuhkan apa juga penyakit fizikal dan mental...

Namun disebalik semua yang berlaku, terfikir oleh saya...apakah nasib diri saya kelak...anak2 zaman sekarang ramai yang sudah luntur rasa kasih sayangnya pada ibubapa...jika kita marah sedikit, dah merajuk...jika kita nasihat jarang yang ambil perhatian....sibuk mereka mengalahkan Perdana Menteri...ah...saya pasrah sahaja...semoga Allah melembutkan hati anak2 saya mengasihani dan mengasihi saya bila saya tua nanti. Amin...apa2 pun kita merancang Allah yang menentukan segalanya.

Thursday, November 11, 2010

Kawan-kawan Yang Akan Hadir ke Gathering KLP 27 November ni

Salam kawan-kawan, kita sedang menghitung hari ke perjumpaan rakan2 KLP di Restoren Nelayan 27 November ini. Setakat ini sudah lebih 20 orang yang bersetuju untuk hadir. Mak Aji akan senaraikan nama mereka yang dah confirm untuk datang dibawah ini:

Perempuan:Laily, Izan, Su Kuantan, Kasmawati, Yong, Enab, Rose, Rozie, Anum, Sohana, dan saya sendiri. ( 11 orang)

Lelaki:Rod, Mail, Omar, Danial, Lanun, Sanusi, Razak, Boone, Rizduan, Nik, Hamdan (Skeb). Azri akan bagitau next week
11 orang juga

Buat pengetahuan semua, Laily ada email kepada kawan2 mengenai bayaran sebanyak RM 19nett seorang yang akan dibayar di restoren berkenaan pada 27 hb nanti. Bagi aktiviti lain selepas itu mak Aji akan bagitau kemudian....semuanya masih dalam perancangan lagi. Macam-macam idea yang diberikan kawan2 pada Mak Aji, nanti kami pihak penganjur akan membincangkan mengenainya...InsyaAllah kita jumpa disana ye...

p/s: Sahabat kita Siti Rohana di Mekah kirim salam pada semua rakan2 KLP.

Tuesday, October 26, 2010

Lunch di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa



Assalamualaykum,

Saya dapat panggilan telefon dari Mak Aji sebentar tadi. Beliau mohon saya pos ke atas cadangan berkenaan perjumpaan berserta makan tengahari. Mohon semua KLPian dapat confirmkan kehadiran ASAP supaya dapat penganjur buat booking minggu depan.

TARIKH: 27 NOVEMBER 2010

HARI: SABTU

JAM: 12.00 TGHARI HINGGA 3.00 PETANG

LOKASI: RESTORAN NELAYAN TASIK TITIWANGSA, K LUMPUR

TUJUAN: SILATURAHIM, BINCANG ANJUR TGG 2011, AKTIVITI 2011 DLL

KOS: SENDIRI (ANGGARAN RM 35 - RM40)

Sila confirm dengan penganjur, 3 Mak Dara terdiri dari Mak Aji (Haryati -016-2190876), Laili (013-3806463) dan Yong (Salamah - sori saya tak ada no. dia).

Anda boleh datang bersendirian tapi kalau nak bawa famili pun boleh. Setakat ni dah 20 lebih kawan-kawan kita dah confirm. Yang jauh Sue (Noraini) dari Kuantan dah confirm akan hadir.

Sila warwarkan pada semua kawan KLPian kita.

Wasalam


***harap2 moderator boleh rectify on 'access denied' so that penganjur boleh participate seperti biasa.

Sunday, October 10, 2010

Panggilan Haji


Alhamdulillah, kawan kita ni akan berangkat ke tanah suci pada 16/10/10. Flight dia pukul 5 pagi. Dia akan ditemani oleh adik lelaki nya (suami isteri). Saya telah berkesempatan bertemu dengannya pagi tadi semasa majlis doa selamat di kediaman adiknya.

Sama-sama lah kita, terutama yang dijemput menghadiri majlis doa selamat tetapi tidak menghadirinya, berdoa agar kawan kita ni akan dapat mengerjakan haji dengan sempurna, tanpa rintangan, sihat tubuh badan dan mendapat haji mabrur, Insyaallah.

Friday, September 17, 2010

Lemang Pak Mail


Tu dia . . . . . . gerai lemang Pak Mail.
Ini lah tempat Pak Mail membakar dan menjual lemang. Tempatnya terletak kat Mentari Business Park, Bandar Sunway. Sebenarnya bukan dia sorang yang mengusahakannya. Dia kongsi dengan 2 orang lain. Tahun ni dia tak balik kampung sebab sibuk membakar lemang. Malam raya pun dia sibuk bakar lemang sampai ke subuh. Kata dia, lemang dia sedap. Mesti cuba ni, jom kita pegi gerai dia.