Friday, September 17, 2010

Lemang Pak Mail


Tu dia . . . . . . gerai lemang Pak Mail.
Ini lah tempat Pak Mail membakar dan menjual lemang. Tempatnya terletak kat Mentari Business Park, Bandar Sunway. Sebenarnya bukan dia sorang yang mengusahakannya. Dia kongsi dengan 2 orang lain. Tahun ni dia tak balik kampung sebab sibuk membakar lemang. Malam raya pun dia sibuk bakar lemang sampai ke subuh. Kata dia, lemang dia sedap. Mesti cuba ni, jom kita pegi gerai dia.

11 comments:

  1. I bought lemang semasa raya yang lepas. Makdatok... lembek and tak sedap. Dahla kecik... mahal pulak. Looking at Mail's lemang... pasti sedap. And knowing him and judging from the picture... lomang tu tontu sodappp!!
    By the way... mana ada orang jual lemang se 'segak' kawan kita nie??

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya pada semua kekawan...lama betul I tak masuk blog, almaklumlah nak adjust balik jadi surirumah sepenuh masa ni take time sikit...dah tak de masa nak blogging...
    Jadi, dengan seketika masa yang ade saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua rakan-rakan KLP, jika ade terkasar bahasa dan tersilap laku, saya pohon ampun dan maaf....Salam sayang pada semua....

    ReplyDelete
  3. Pada Pak Mail....wa cayaaaa luuu laaaa....terpegun dan bangga mempunyai kawan yang tak pernah putus asa!!! tabik spring buat Pak Mail...

    ReplyDelete
  4. Wei Rose. Orang doq kat rhumah la ada banyak masa. dari subuh sehingga dini hari kita boleh buat sesuka hari. Nobody control. Tak ada dateline and etc. Boleh buat kerja sambil pakai kain batek. Manage your time well!! Aku tak sanggup jadi macam Mail. He is ever willing to da whatever for his family. Aku doakan dia bahagia dan seronok walaupun susah sedikit. Amin. Kalau aku dok dekat... mau aku pi tolong Mail jual lemang together. cari pengalaman!!

    ReplyDelete
  5. Alahai, alahai dan alahai lagiiii.

    Selamat lah hari raya. Maaf zahir batin pada semua kenkawan kalau2 minah terkasar bahasa, tersentuh jiwa dan terusik hati.

    Alahai Pak Mail, membakar lemang plak dah. Minah suka lemang dan minah sangat2lah suka kalau ada lagi kawan2 kita yang bersemangat cam Pak Mail ni.

    Kalau Mr Rod sudi tolong Pak Mail jual lemang, Cik Rose kita pun tentu sudi kan....hi hi hik.

    ReplyDelete
  6. Mail, lemang yg ko bakar selama 3 jam tu memang ternyata sedap...semuanye memuji kesedapan...10 batang sekejap je habis...kalau aku tau dah tentu ambik 20 batang...

    Minah tonggeng jgn cakap je...order lah lemang banyak2 memang sedap lembut dan tak rugi, untung lagi ada...

    ReplyDelete
  7. Jangan silap Danial, ambil perhatian ya.. Kawan kita namanya Minah R la...bukan Minah T.....
    Minah jangan marah ya. silap tekan huruf je...

    Wah Mail, musim ni memang hang loaded ya! Tahniah, teruskan usaha. Hari Raya Haji nanti masih lagi buka gerai ke?

    ReplyDelete
  8. Ha ha ha.... tertonggeng pulak dah si minah ni dibuat oleh danial.

    Tak lah loaded camana pung. Ambo ni buat bisnes sambil beramal jariah. Sebab tu lemang ambo sedap.

    Sebab sambutan yang sangat baik, ambo akan buat untuk raya haji jugak. Bukan raya aji je, raya cina dan india pung ambo mungkin buat.

    Lemang, lemang jugak....kambing golek mana?????

    ReplyDelete
  9. Alamak Minah sori la Abang Dan dah salah tekan...huruf r ngan t sebelah2 je...maaf ye...

    Sun terima kasih la atas teguran u...komen i d artikel lain pasal u awet muda...u tak jawab pun...u masih main embun lagi?

    Mail minggu depan t tarik? lama kita tak pi pelita...

    ReplyDelete
  10. Sori Danial, terlalu sibuk sampai lepas pandang tentang komen u tu. Bulan puasa dah berlalu, bulan syawal hampir ke penghujungnya. Sedih gak meninggalkan bulan2 tersebut kan. Pasal berembun atau tidak ni sebenarnya I tak berembun. I cuma menikmati suasana pemandangan awal pagi dari dlm rumah saja. Siapalah yg berani nak keluar rumah sorang2 pagi2 buta tu Danial Oi. Dlm bulan puasa mungkin tak jumpa hantu, tapi kalau bulan2 yg lain tak jamin ya!.

    ReplyDelete
  11. Danial, Mail dan kawan2 semua, Amir Hamzah dah beri sikit komen dlm older post tu. Ngintai2 la sikit.

    ReplyDelete

You are free to comment here...