Sunday, August 22, 2010

Kepadamu Kekasih - Buat Yang memahami Erti Kehidupan dan Takdir Allah

16 comments:

  1. Lagu lagu sebegini sentiasa membuat kita berfikir, apakah kita telah bersedia untuk menemuiNya. Teruskan upload lagu lagu macam ni Mak Aji. Tkew.

    ReplyDelete
  2. Ketika kita senang adakalanya kita lupa siapa menciptakan segala nikmat ini. Kita lupa bahawa semuanya ini hanya pinjaman. Sehinggalah apabila kita diduga, baru lah kita tersedar bahawa semuanya ini hanya sementara. Malah untuk bernafas juga bukan kudrat kita jika tidak kerana NYA.

    Beberapa minggu lalu Mak Aji di duga...dan ketika itu teringat betapa dekatnya kematian ini. Hari ini peluang untuk terus bernafas di berikan Allah supaya Mak Aji terus menginsafi diri agar kembali kepadaNYA. Kepada rakan2 sekelian, Mak Aji mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Kita tidak tahu bila kita akan pergi mengadapNYA...Justru..nikmatilah setiap detik yang Allah berikan ini dengan bersyukur dan muhasabah diri untuk mengisi sisa hidup yang masih ada.Selamat berpuasa rakan-rakan yang saya sayangi. Jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi...

    ReplyDelete
  3. Assalam..

    Mak Aji bulan-bulan puasa kalau dapat download lagu-lagu nasyid bagus gak.. Dah lama tak dengar lagu FATAMORGANA amat menyentuh hati.. Ayat-ayat suci Al Quran ke.. Surah-surah yang bagus di baca pada bulan puasa cun gak..

    ReplyDelete
  4. Teringat aku pada semua kekasih-kekasih aku.

    Kat mana diorang dan apa khabar diorang semua.

    ReplyDelete
  5. Salam Pantai timur

    Rod n Mak Aji;lagu ni memang menyentuh perasaan dan mengingatkan kita semua pada kekasih yg sejati dan abadi selama-lamanya...

    Karl;tiba2 je abg karl nak dengar lagu2 nasyid,ayat2 suci al-quran....sempena bulan Romadhan kot...

    Mail; ramai ke kekasih abg mail tu....ambo temasuk dlm senarai jgok kerrr??? guane bisnes 'ikan bakar'? nati open house hari raya blh bwt kambing bakar plk yerr...

    ReplyDelete
  6. Salam Lembah Pantai,

    Lagu ini adalah nostalgia dan bila direnung2 balik teringat saya satu kenangan yg memberi pengajaran diri sendiri...berlaku di masa bulan Ramadhan Kareem Al Mubarak, 29 tahun dulu di Tingkat 6, Wisma Yakin...

    Watak utama dah tentu saya, diikuti oleh Mail n beberapa lagi kawan2.

    Pada Mama masscom, anda tidak ada punyai kesalahan dan ok bagi saya...cuma kalau saya yg ada silap, mohon maaf...jagalah kesihatan dan sentiasa bermunajat kepada Allah swt mohon diteguhkan keimanan n ketakwaan.

    ReplyDelete
  7. Assalamuaialkum Daniel.
    29 tahun dulu masa di Ting 6, Wisma Yakin.... itu satu kenangan yang lama dan kenangan yang menyeronokkan. Masa tu kita semua masih muda dan naive. Boleh kongsi cerita. Yang baik jadi tauladan yang buruk kita semua jadikan sempadan.
    Can't imagine...29 years ago..... Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  8. ROD dan DANIAL...anda berdua antara rakan rapat saya di KLP 29 tahun lalu. Teringat sewaktu segerombolan kawan2 kita datang kerumah saya waktu hari raya. Waktu tu rumah mak saya di Sungai Way. Masa tu ada arwah Nan, Arwah Kamaruzaman, Mail, Lassie, anda berdua dan beberapa orang rakan wanita kita. Seronok sangat waktu itu. Waktu tu kita tak kenal erti susah ker... masalah ker, yang penting happy...tapi masa merubah segalanya bila kita dewasa dan menjadi tua...

    Rod dan Danial... thanks for everything, especially moral support waktu saya memerlukannya baru2 ini.I know I have great friends around me and I realize something
    " Life is not measured by the number of breath that we take, but by the moments that we take our breath away..."

    P/s: Mail, Izan, Sun, Rozie, Enab....mana menghilang...???

    Su...thanks for always be there for me my dear..

    ReplyDelete
  9. Sue, ramai tu idok laaaa, tapi ko dan mak aji takde dalam list sebab masa tu aku takut ngan mak aji sebab dia tu garang (tapi baik).

    Alhamdulillah, biz ikan bakar ok walaupun cuma suka2. Weih, ari raya ni ambo buat biz lemang plak. Warung lemang ambo kat Sunway, sebelah mentari business park.

    Boleh order online, beli satu dapat satu, nak dua beli lah dua, beli tiga plak dapat lah tiga jugak dan begitu lah seterusnya.

    ReplyDelete
  10. Mail... I am proud of you. Hang tak henti henti berikhtiar dan berusaha. The spirit in you is superb. Hello guys and friends out there. This is the man who knows nothing better for himself but only to better his family and friends. Kerajinan hang dari dulu sampai sekarang. Dari jual jering, ikan bakar sampailah ke lemang. Ya Allah.... permudahkanlah urusan sahabatku ini.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaykumussalam Rod,

    memang saya akan ceritakan dalam sehari dua lagi bila keadaan tenang2...sekarang sedang bz ngan pelbagai hal...tengah2 malam baru boleh bukak Blog, letih nak cerita, idea kering...

    Mail, kasi lemang 2 batang nak ambik malam raya, boleh?

    ReplyDelete
  12. For Mak Aji,

    Sama2 terima kasih atas keakkraban dan komunikasi kita...semoga hidup kita akan mendapat barokah dari Allah swt.

    ReplyDelete
  13. Mail...baru aku faham nape aku tak masuk dalam list kau...sebenarnya aku nilah pompuan paling romantis...cuma bila aku rasa nak romantis je aku belasah korang...tu yang Lassie tak tahan tu...kena belasah dan cubit hari2 masa kat sekolah dulu...

    Danial...kawan ketawa senang dicari kawan menangis jarang boleh kita temui...apa2 pun kawan2 KLP ni ramai yang baik2...aku tak nafikan.

    Kepada semua kawan2.hope to meet up with you guys and ladies during Hariraya. Salam rindu dari Mak Aji.

    ReplyDelete
  14. Kisah ini berlaku 29 tahun dulu di bulan Ramadhan antara jam 1 hingga 2.30 petang di Tingkat 6, Wisma Yakin, KL...

    Kisah ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata...

    Kisah ini memang ada kena mengena dengan yg hidup dan yg mati...

    Kisah ini dijadikan teladan untuk diri saya sendiri...

    Kepada watak2 selain dari saya, ampun dan maaf sekira ianya membuat anda tidak selesa...

    Selepas tamat kuliah di kelas Tingkatan 6 Rendah, ada yang terus balik tak tegur sapa dah mcm Izan, Salmah, Maria, geng2 yg duduk depan dan geng2 yg memang tak brapa nak campur gaul. Izan masa tu pasal dah bertunang (bakal adik ipar dlm kelas kita masa tu, Salmah dah bertudung dan berglove dan Maria yg masa tu kenal di mata bukan di wajah. Memang mereka bertiga ni dah ada excuse yg kukuh tak brapa boleh nak campur ngan kita.

    Member2 mcm Azizan Barry Manilow, Omar Batcha,Zawazi, Shidi, Shimi, We Kelate, Zainal Ganu, Lan Rawang, Pak Wan dan Salamah , Din Vietnam, Zainuddin Embi, Nurhayah, Fathiyah, Su Kasma, Rohana, Adilah, Sally Zakaria, Amatul, Sanusi, Din Gajah, Zul Boy, Haslina Munir, Mak Aji, Sue Kuantan, Khairul, Sohana, Rahman B dan ada lagi yg tak ingat nama. Mereka ni memang peramah dan bila habis kuliah masing2 bawak hal masing2 dan balik dan ada yg buat ko-kurikulum dan aktiviti sendiri. Mereka ni kiranya golongan yg baik2...

    Yang tinggal di kelas dah tentu yg berklique, ada geng lah kononnya. Dah tentu watak utama ialah saya dan watak2 sokongan mcm Mail, Rod, Man Kentat, Bakar Burn, Nan,Azman orang kata semuanya balak belaka...

    Sehari sebelum, saya cadangkan siapa ada kaset dan radio. Mail kata dia ada dan boleh bawak besok. Maka sebab tu kami berkumpul lepas kelas.

    Tujuan utama ialah dari idea saya pasal nak cetuskan suasana Raya. Mail bawak kaset dan radio maka berkumandang lah lagu2 raya dan kami semua enjoy bernyanyi sepuas-puas hati, memang syok dan feel sangat...

    Moral of the story, memang masa darah muda kita sering ikut emosi, logik fikiran dan nak seronok saja. Memang tak salah nyanyi lagu2 raya tapi tak kena cara dan tempat. Masa tu baru nak masuk puasa yg ke 8 hari dah ingat nak raya!!!Dah lah tak solat zuhur dan waktu2 lain, solat terawih pun jarang2 buat tapi hati dok ingat nak seronok nak Raya! Masa tu pula Ustaz Zakaria baru saja ceramahkan kita puasa kunci kawal nafsu!

    Syukur pada Allah yg memberi peluang dan kesedaran yg amat mendalam agar dpt saya beribadat sentiasa especially di bulan yg penuh keberkatan ini.

    Ramadhan dah masuk hari ke 28 dan akan meninggalkan kita, hati dan jiwa terasa sedih bukan seperti 29 tahun yg lalu.

    Semoga Allah mengampunkan dosa2 yg lalu dan semoga sahabat2 maafkan saya.

    ReplyDelete
  15. Bukan ustaz Zakaria tetapi Utaz Muhammad Bin Zakaria.

    ReplyDelete

You are free to comment here...