Thursday, February 4, 2010

Walimatul Urus

Rozie dan keluarga ingin menjemput warga KLP1981 serta keluarga ke majlis perkahwinan adik lelakinya:-
Mohd Helmi bin Hj Aziz
dgn
Anfarizhani bt Anuar
di alamat:
Lorong Meranti, Kg Padang Lebar,
Rembau, Negeri Sembilan
tarikh:
Ahad, 07/03/2010
aturcara majlis:
Jamuan: 11.00 pg - 4.00 ptg
Bersanding: 1.30 ptg
Bunga telur kami hulurkan, bunga rampai harum mewangi,
kehadiran tuan/puan pasti memeriahkan, hari bersejarah Raja Sehari.

Tuesday, February 2, 2010

Aku Bukan Dia

Aku bukan dia
lelaki yang pernah kau cintai
lelaki yang pernah mencintai mu
aku bukan lelaki itu lagi
dia sudah lama pergi
selamat tinggal sayang
perpisahan ini pasti

(sajak ini ditujukan khas kepada selendang enterprise dgn ucapan jangan dirayu pada yang tak sudi...)

wayangsari
1219hrs
02/02/2010
sri pentas bandar utama

Monday, February 1, 2010

Di Mana Mereka Sekarang...

Saudara Zulkifli Khalid atau "Boy". Jejaka tampan ini (lihat gambar) adalah antara sahabat kita yang boleh dikategorikan di bawah umur kerana dilahir pada tahun 1963. "Boy" yang kita kenali pernah tinggal di Taman Bunga Raya di Hulu Klang. Kegemaran "Boy" ketika di KLP ialah duduk di barisan belakang kelas dan buat lawak "bodoh". Rakan baiknya Abdul Rahman Bahadzar a.k.a "Yoda".
Selepas KLP "Boy" bernasib baik diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM mengambil jurusan perniagaan di Fakulti Ekonomi. Lepas "grad" dia kerja kat Moccis Trading jual peti ais dan "washing machine". Dia kerja kat Moccis sampai ke jawatan Asst General Manager sebelum syarikat itu sedar "Boy" cuma makan gaji buta.
Dengan menggunakan alasan Moccis melalui proses "Management Buy Out" "Boy" meninggalkan Moccis dan menjalankan perniagaan herba "Aki"nya. Mengikut kata "Boy" herba "Aki" keluaran syarikat beliau "power". Herba yang dikilangkan di Selayang itu dikatakan berupaya mengurangkan kepekatan darah dan menghindarkan "stroke". "Boy" turut bagi jaminan produknya menggunakan 100 peratus herba -- tiada bahan kimia. Dia kata kalau tak percaya boleh layari laman sesawangnya di http://www.bioaki.weebly.com/.
Bagi mereka yang mungkin tertarik untuk menjadikan"Boy" calon laki harap maaf. Dia dah kahwin. Sorry...
"Boy" kini bergelar usahawan. Sebagai taukeh herba "Boy" bolehlah dianggap pakar dalam permasalah lelaki seperti "erectile dysfunction".
Tunggu profil seterusnya di dalam "Di Mana Mereka Sekarang.." minggu hadapan

Sunday, January 31, 2010

TGG2010 - A Post Mortem Report

Firstly, I would like to congratulate Izan and her motley crew for making the TGG2010 a big success. Kudos to you guys (you know who you are). Izan and the gang have managed to set a new benchmark in the organisation of such an event. It is definitely a hard act to follow (this is not to deny the great work done by the crew who did the first TGG - Mail and your crew, you know I am referring to you). It would be a great if you guys could continue taking the lead in organising this event on an annual basis.



Okay..enough with that. Lets get down to business.



The Post Mortem Report

Organisation

* Organisation was excellent. However...it could have been better if the karaoke songs were pre-selected. The guy handling the songs appeared to be not prepared and slow in finding the songs. And please ban the singing of slow and sad songs! The committee should also consider having a Plan B next if the students' rep like Shaharudin had to abandon the event at the last minute.


* Total participation

The next TGG must encourage the participation of everybody and not just the usual suspects. I was a little bit bored because it is always the same person performing. I hope to see people like Yoda, Zul Boy, Minang, Shahrul Azizan or Sundarwati etc to step up to the plate.


* The selection of winners

Let selected KLPians choose and decide winners the next time. Take for example the choice of the best dressed male. I personally believe Hazizan was the best dressed male that night and if there was an award for best mix-matched dress male then Lanun probably would have been the winner. But he is definitely not the best dressed male last night. (Ridzuan pun nampak anggun malam tu!). As for Nor Laily...she looked glamourous and elegant and she deserved to win.



The running order

There appeared to be some moments of lull in the whole event, especially during the showcase and lucky draw sessions. The pace needs to be faster the next time.


Conclusion:

Congratulations to all for making the TGG2010 a success. Izan and her team could not have done a job so wonderfully enjoyable if you guys -- the KLPians -- decided not to attend.


Thank you.

TGG2010


Cerita Kita
-----------
Teman
Telah ku selongkar laci kenangan kelmarin
Kalut mencari jilid ikatan imbauan silam
Teman
Ingatkah kau zaman itu?
Tatkala perawi ceritera layar perak
Di Odeon dan Cathay
Lebih senang membawa plot fiksyen
Lakonan adiwira khayalan Luke Skywalker dan antagonis Darth Vader
serta Yoda dengan mantra keramatnya
Teman
Itulah zaman kita
Di mana fiksyen lebih gah
Daripada laungan keramat Hulubalang Melayu Jebat dan Bang Tuah
Teman
Itulah juga zaman ku
Di Kuala Lumpur Polysciences
Tempat aku dilahirkan
Bertatih dan merangkak
Teman
Di situ aku pandai berlari
Aku dibesarkan matang
Aku pandai bermain mata
Aku pandai bermain kata
Teman
Kini hampir 29 tahun
Kita bersarak berasing-asingan
Tiba-tiba aku sedar
Kita bukan lagi kanak-kanak
Teman
Sudah adapun yang gugur
Dijemput janji Pencipta
Hasnan, Kamaruzaman, Zainudin, Zulkifly
Al Fatehah untuk kalian
Aku hiba dalam perjalanan menjejaki kalian
Teman
Malam tadi hiba ku terubat
Menatap wajah usang kalian
Ya...
Kita sedikit tua dan rabun barangkali
Terima kasih teman
Kerana menguli dan membentuk ku menjadi manusia
Kamu semua adalah adiwira ku!
Terima kasih KLP
Kerana menemukan aku dengan mereka
Kerana kau silaturahim terjalin
Tanpa perlu facebook, friendster maupun YM
Bersahaya kita bersahabat
Dan di pentas ini
Aku...wayangsari
Menghulur salam
Dan dalam penghuluran salam ini
Satu apologi dari ku
Yang sering dianggap antagonis
Teman
Aku bukan pembawa watak jahat
Seperti satu bayangan fiksyen
Aku cuma si tua
Yang mencari jalan pulang
Tempat ku belajar jatuh
Di mana aku bermain mata dengan si dia...
Wayangsari
26 Jan 2010
2309hrs
Bandar Baru Bangi



Friday, January 29, 2010

Itinerary untuk TGG 2010

Itierary untuk TGG 2010 pada 30 January adalah seperti berikut:-

7.30pm Arrival of KLP Members
8.00pm Arrival of Guests
8.15pm Arrival of Guest of Honour
- Yg. Berhormat Datuk Paduka Ibrahim Ali
8.30pm Photography Session
8.40pm ‘Doa’ Recital
Welcome Note by Representative of KLP Members
- Prof. Madya Shaharuddin
Speech by Yg. Berhormat Datuk Paduka Ibrahim Ali
9.15pm Dinner
Showcase
10.30pm Karaoke Session
Lucky Draw
Prize Giving

Pihak penganjur meminta kerjasama dari anda semua agar datang pada masa yang telah ditentukan.

Monday, January 25, 2010

Jom pergi TGG

Jom ramai-ramai kita pergi ke Majlis TGG di Flamingo Hotel pada hari Sabtu ni. Dengar cerita, Iron Lady kita berusaha untuk menjadikan majlis kali ni meriah dengan suasana yang sungguh glamour. Berbagai acara telah disediakan dan banyak hadiah untuk lucky draw dan sebagainya. Pastu siap ada rehearsal lagi, sure gah nieee.

Camera man akan disediakan. Dia akan ambik gambar untuk keseluruhan majlis, dari masa kita berjalan masuk sampai habis majlis. So, minah-minah KLP jangan lupa datang dengan bling-bling dan mamat-mamat KLP jangan lupa datang dengan penuh bergaya.

Tolong datang awal, pukul 7.30 sebab banyak acara ni. Bilik solat di sediakan.

Apa lagi......jom kita pergi walau seribu rintangan yang ada.




Tengok 3 orang mat hensem ni. Dah siap sedia dengan baju glamour nak pergi ke Flamingo Hotel. Diorang ni dah tak sabar dah walaupun terpaksa naik basikal je (agaknya bini diorang sorok kunci kereta kot). Mereka ada pesan, kalau sesiapa nak tumpang, boleh, tapi ada syaratnya.

Kepada Danial, Pak Wan dan Mail, berhati-hati dijalanraya. Biar lambat asalkan selamat.

Wednesday, December 30, 2009

Red Carpet Nite - Glamour

Dari bilik perisek, ada berita yang mengembirakan. Sambutan kali ni sangat baik. Dari senarai list, 46 dari 60 orang telah confirm nak datang. Setakat ni cuma 2 orang je yang bagi tau tak dapat join sebab diorang ni ada seminar kat Genting Highland. Yang lain-lain tu pulak, tak dapat bagi keputusan lagi. Mungkin mereka ni berbelah bagi agaknya atau ada perkara lain yang perlu diuruskan dulu. Apa-apa pun kita sangat lah berharap supaya mereka ni dapat bersama-sama kita pada malam tersebut. Kalau semua dapat datang, amboi.....gamatlah hotel tu.

Dengar khabar, beberapa orang member yang belum kita jumpa lagi akan turut serta. Mereka dah confirm dan dah bayar pun untuk TGG kali ni. Dengar khabar lagi, mereka ni excited sangat nak jumpa dengan kawan-kawan lama. Wah, wah, wah..... ini dah kira best. Tak dapat ku bayangkan macamana nanti bila mata bertentang mata. Mesti berpelukan sakan. Tapikan, jangan berpeluk dengan yang berlainan jenis, tak boleh nanti Izan marah.

Yang belum confirm tu, cepat-cepat lah confirm. Kalau ada masalah, call Izan (017-2551190)atau Ismail (012-2958985). Tahulah mereka camana nak settlekan agar kita dapat bersama-sama berkumpul pada malam tersebut.

Yang dah buat bayaran, tolong sms atau email atau call Izan atau Ismail. Kalau tak, kitorang tak tahu siapa yang dah bayar dan siapa yang belum bayar dan tolong simpan slip bank-in untuk pengesahan.

Tuesday, December 8, 2009

Gambar Dalam Kelas Kiriman Zaidi dan Maznah




Maznah mengirim gambar ini pada mak Aji. Kata Maznah cikgu tu namanya Cikgu Nik. Mak Aji pun tak berapa ingat lah Cikgu ni. Ada kawan2 yang ingat tak Cikgu ni ajar subjek apa ye. Tolonglah respon jika kawan2 kenal mereka yang didalam gambar ni. Paling ketara Mak Aji nampak gambar Arwah Kentat yang duduk belakang sekali. Nanti kalau ada slide show masa TGG mesti best. Kita semua akan mengimbau kenangan lalu dalam kelas. So keep in touch kawan2. Life is short, so make it sweet.

Monday, December 7, 2009

TGG @ Flamingo


Semua warga KLP1981 adalah dijemput hadir ke TGG2010.
Tempat dan tarikh adalah seperti diatas. Kalau tak terang, besarkan image tu.
Kali ni, committee yang diketuai oleh Izan telah memilih tema seperti berikut:-
Tema majlis: Red Carpet Nite
Pakaian: Glamour
Marilah kita sama-sama memeriahkan malam Red Carpet Nite ini dengan pakaian yang glamour-glamour bagaikan bintang hollywood di grammy award. Jangan berpakaian dedah-dedah yer, tak boleh. Kita akan sediakan hadiah untuk yang berpakaian paling 'best' dan ada juga hadiah untuk yang berpakaian paling tak 'best' atau teruk.
Bayaran kali ini telah ditetapkan sebanyak RM100.oo seorang. Bayaran boleh dibuat melalui akaun MBB 114253034348 (Roselina bt Bahaudin). Pastikan sms Ismail atau Izan atau Rose bila dah bank-in dan simpan bank-in slip untuk rujukan.
Majlis akan dimulai pada pukul 8.00 malam dan akan berakhir pada pukul 12.00 tengahmalam. Kalau nak extend masa pun boleh sebab pihak hotel dah beri kebenaran sampai pukul 1 pagi.
Bermacam-macam acara telah disusun. Antaranya lucky draw, hadiah misteri, karaoke dan kejutan dan kejutan lagi.
Tak lupa juga tentang makanan. Dengar khabar, menunya BBQ. Kita tengoklah sendiri nanti.
Pihak committee mengalu-alukan sebarang idea untuk menghebatkan lagi malam tersebut. Disini kami tak memaksa tetapi sangat menghargainya kalau ada yang dapat memberi sumbangan berupa hamper atau premium items atau apa-apa sahaja dari anda untuk dijadikan hadiah lucky draw.
Sila buat keputusan segera. Anda boleh mengesahkan kedatangan anda kepada:-
Rahman aka Lanun 013-3991473
Ismail Abd Rahman 012-2958985
Izan 017-2551190
Pastikan anda membuat keputusan sebelum 19/12/2009.

Friday, November 20, 2009

Wednesday, November 18, 2009



Mail...betullah tekaan kau memang MAK AJI pun sekali berdating dgn aku tapi......
cinta MAK AJI kantoi di tengah jalan.....

Monday, November 16, 2009

TGG 2010

Kita akan teruskan agenda utama kita iaitu TGG 2010. Pada kali ni 'Iron Lady' kita, Izan akan mengambil alih jawatan Project Director. Adalah di cadangkan TGG akan dibuat seperti berikut:-

Tarikh: 30 Jan 2010
Tempat: Flamingo Hotel, Ampang.

Ini cuma cadangan sahaja. Jika terdapat cadangan yang lain, bagi tau pada Izan atau Mail. Pihak pengelola sangat-sangat memerlukan kerjasama dari anda agar TGG pada kali ini akan lebih meriah dengan semua yang ada dalam list setakat ini akan dapat hadir.

Ada juga yang mencadangkan pada kali ini, kita menjemput semua cikgu-cikgu kita dan juga pengasas KLP, Datuk Ibrahim Ali untuk hadir. Disini juga pihak kami ingin mendapatkan komen dari anda semua.

Tolong bagi komen dan cadangan anda. Ianya sangat penting bagi kami.
Nama pemberi komen akan dirahsiakan jika diperlukan.

Friday, November 13, 2009

Rose dan Su masa Muda-Muda dulu....




Gambar Rose kahwin ni Mak Aji ambil masa gi majlis perkahwinan dia 20 tahun lalu. Nampak cun sangat2 Rose masa ni...kecil molek dan menawan sangat sebagai Raja sehari. Gambar lagi satu ni gambar Su atau Noraini kawan baik Mak Aji...masa tu dia pergi dating dengan boyfriend dia sekarang hubby dialah...Mak Aji tukang ambil gambar dan jadik bodyguard dia...

TGG Bulan January 2010

Semalam saya berkesempatan berbual dengan Izan. Dia mencadangkan kita buat perancangan untuk perjumpaan TGG kita bagi tahun 2010 ni. Dia dah setuju untuk menjadi Pengarah Projeknya dan beberapa nama telah dicadangkan untuk jadi AJK penggerak program itu nanti. Kata Izan kita susun program TGG lebih awal bagi memudahkan semua pihak.

Saya cadangkan kita buat pada bulan January 2010 ni sebab masa tu saya tidak begitu sibuk dengan aktiviti pelajar di Universiti. Sememangnya saya adalah orang yang paling teruja untuk bertemu rakan-rakan lama pada TGG yang lepas. Tapi seperti kata pepatah kita hanya boleh merancang Allah menentukan segalanya. Betapa terkilannya saya bila melihat gambar TGG March lalu dan beberapa rakan yang dah terlalu lama saya tidak bertemu hadir pada malam itu. Sehingga sekarang saya hanya dapat menatap wajah mereka di gambar yang Mail post pada blog kita.

Bagaimanapun saya sempat bertemu Arwah Kamarudzaman semasa sesi teh tarik di Shah Alam bulan April lepas kalau tak silap saya sebelum beliau pergi meniggalkan kita buat selama-lamanya.Tak mungkin saya lupa senyumannya, gurauannya dan aksi kami ketika bergambar berdua. Terasa masih terlalu baru perjumpaan itu. Berita kematiannya saya terima agak lewat hari tu kerana masalah telefon. Walau bagaimanapu saya sempat keseremban memandu seorang diri kerana kawan2 yang lain dah pergi awal lagi, sudah agak terlewat ketika tiba di seremban, ramai rakan2 yang lain sudah balik ketika itu . Saya terus ke Masjid dan ketika itu jenazah sedang disembahyangkan. Itu kenangan terakhir saya bersama arwah Kamaruzaman. Kenangan yang cukup terkesan di jiwa saya mengenai seorang kawan lama.

Oleh yang demikian saya benar-benar berharap agar TGG kali ini akan menjadi kenyataan buat saya kerana saya teringin benar berjumpa rakan2 lama seperti Zainab, Anum, Maria, Sundarwati dan ramai lagi.

Saya tak tau kenapa timing saya untuk gathering selalu je tak kena. Saya selalu terkilan keranan apabila ada gathering saya sedang bertugas, yang terkini adalah perjumpaan hariraya. Ketika itu saya di Perlis menemuramah pelajar2 baru untuk kemasukan UiTM sesi Dis ni.

Kepada rakan-rakan sekelian harap anda dapat memberi kerjasama untuk menjayakan TGG tahun depan. Izan kata untuk TGG kali ni di harap rakan2 lain yang tidak dapat dijejaki dapat ditemui pada TGG kali ini.Pesanan buat Lanun, jalankan tugas anda seperti biasa menjejak kasih rakan-rakan kita ini supaya boleh memeriahkan lagi TGG kali ini.

Bagi yang mempunyai cadangan, bolehlah diusulkan diblog ini atau email pada Pak Mail dan Rose orang kuat Alumni KLP ni. Kalau nak bagitau saya pun tak pe...kita pilih tempat2 yang sesuai dengan harga yang berpatutan dan suasana yang boleh mengembalikan kita pada zaman persekolahan dulu. Salam ingatan untuk semua dari Mak Aji.

Thursday, November 12, 2009

Cuba Teka. Siapa Mereka ini.



Kalau tak silap saya gambar ni waktu didalam kelas di kampung Baru dalam tahun 1981. Sundarwati.... tolong komen sikit dan bagitau nama-nama rakan-rakan kita yang dalam gambar ni. Yang saya kenal Dilla, Yong, Sharul Bariah dan awak saja....yang lain tolong bagi nama-nama mereka. Thanks Sun

Monday, November 9, 2009

Nostalgia mengamit Memori: Siapakah wanita-wanita ini.



Gambar ini diambil di padang Kelab Sulaiman, Kampung Baru, dalam tahun 1981. Ketika itu kelas kami mengadakan perlawanan persahabatan bolajaring dengan kelas satu lagi. Siapa2 kah mereka ini??? Ada empat atau lima orang yang saya dah lupa nama mereka.





Gambar ini diambil sewaktu belajar di Wisma Yakin dalam tahun 1980. Yang pastinya mesti ada Izan, Noraini (Su), Jenab, Beautiful Maria, Anum , Dilla, Rozie dan beberapa kawan yang hadir masa gathering dulu. Siapakah yang disebelah Rozie, begitu juga yang dikiri dan kanan Dilla serta disebelah kanan Intan Faridah dan diatas Maria??? Yang lain semua saya kenal. Mungkin jika ada yang mengenali wanita-wanita ini harap dapat memberi maklum balas dengan segera. Terima kasih