Cerita Kita
-----------
Teman
Telah ku selongkar laci kenangan kelmarin
Kalut mencari jilid ikatan imbauan silam
Teman
Ingatkah kau zaman itu?
Tatkala perawi ceritera layar perak
Di Odeon dan Cathay
Lebih senang membawa plot fiksyen
Lakonan adiwira khayalan Luke Skywalker dan antagonis Darth Vader
serta Yoda dengan mantra keramatnya
Teman
Itulah zaman kita
Di mana fiksyen lebih gah
Daripada laungan keramat Hulubalang Melayu Jebat dan Bang Tuah
Teman
Itulah juga zaman ku
Di Kuala Lumpur Polysciences
Tempat aku dilahirkan
Bertatih dan merangkak
Teman
Di situ aku pandai berlari
Aku dibesarkan matang
Aku pandai bermain mata
Aku pandai bermain kata
Teman
Kini hampir 29 tahun
Kita bersarak berasing-asingan
Tiba-tiba aku sedar
Kita bukan lagi kanak-kanak
Teman
Sudah adapun yang gugur
Dijemput janji Pencipta
Hasnan, Kamaruzaman, Zainudin, Zulkifly
Al Fatehah untuk kalian
Aku hiba dalam perjalanan menjejaki kalian
Teman
Malam tadi hiba ku terubat
Menatap wajah usang kalian
Ya...
Kita sedikit tua dan rabun barangkali
Terima kasih teman
Kerana menguli dan membentuk ku menjadi manusia
Kamu semua adalah adiwira ku!
Terima kasih KLP
Kerana menemukan aku dengan mereka
Kerana kau silaturahim terjalin
Tanpa perlu facebook, friendster maupun YM
Bersahaya kita bersahabat
Dan di pentas ini
Aku...wayangsari
Menghulur salam
Dan dalam penghuluran salam ini
Satu apologi dari ku
Yang sering dianggap antagonis
Teman
Aku bukan pembawa watak jahat
Seperti satu bayangan fiksyen
Aku cuma si tua
Yang mencari jalan pulang
Tempat ku belajar jatuh
Di mana aku bermain mata dengan si dia...
Wayangsari
26 Jan 2010
2309hrs
Bandar Baru Bangi
Alhamdulillah, tulisan dari sahabat ku yg penuh dengan makna2 yg mendalam dapat aku baca hari ini setelah sekian lama aku tunggu...
ReplyDeleteT kasih Wayangsari...aku ni slow sikit perlu baca berkali2 untuk mengolah dan faham isi2nye...namun aku tetap tabik spring pada anda...
Pada semua sahabat2 yg lain yg hadir malam tadi sekiranya kata2 ku yg tidak elok dan kelakuan ku yg terlampau, saya minta MAAF...semoga silaturahim kita berkekalan!
Wayangsari,
ReplyDeleteTerguris hati bila menghayati puisi mu
Bukan kami menuduh watak mu sebagai antagonis
Tapi sebagai watak kesinambungan silaturahim
Terima kasih bagi pihak semua kenkawan.
Video clip sahabat yang telah pergi begitu menyentuh perasaan ku, terlalu hiba dan sebak rasanya....
ReplyDeleteMasih ku ingat....Hasnan, sahabat yang sudah ku anggap seperti abang, tutur katanya yang begitu lembut, memujuk ku bila si Mail atau Rod tak habis-habis mengusikku...tidak mungkin ku lupa, betapa perihatinnya dia terhadap aku dan rakan2 yang lain.
Masih ku ingat...Zaman, dengan senyuman dan gurauannya, kesungguhannya membuatkan aku kagum, hanya untuk secawan teh tarik dan semangkuk sup, meredah malam dari Seremban hanya untuk bersama sahabat....
Semuga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Nan,Zaman,Zulkifli dan Zainuddin...Al-fatihah buat kalian....
amin...
ReplyDeleteSorry lambat sikit. U know lah when it comes to sajak & satera dlm class dulu pun Anna selalu slah tafsir dan jadi bahan gelak class.
ReplyDeleteTapi posting Wayangsari yg ini tak mungkin Anna salah tafsir. Posting delivered, received & landed deeeep inside.