Friday, November 13, 2009

TGG Bulan January 2010

Semalam saya berkesempatan berbual dengan Izan. Dia mencadangkan kita buat perancangan untuk perjumpaan TGG kita bagi tahun 2010 ni. Dia dah setuju untuk menjadi Pengarah Projeknya dan beberapa nama telah dicadangkan untuk jadi AJK penggerak program itu nanti. Kata Izan kita susun program TGG lebih awal bagi memudahkan semua pihak.

Saya cadangkan kita buat pada bulan January 2010 ni sebab masa tu saya tidak begitu sibuk dengan aktiviti pelajar di Universiti. Sememangnya saya adalah orang yang paling teruja untuk bertemu rakan-rakan lama pada TGG yang lepas. Tapi seperti kata pepatah kita hanya boleh merancang Allah menentukan segalanya. Betapa terkilannya saya bila melihat gambar TGG March lalu dan beberapa rakan yang dah terlalu lama saya tidak bertemu hadir pada malam itu. Sehingga sekarang saya hanya dapat menatap wajah mereka di gambar yang Mail post pada blog kita.

Bagaimanapun saya sempat bertemu Arwah Kamarudzaman semasa sesi teh tarik di Shah Alam bulan April lepas kalau tak silap saya sebelum beliau pergi meniggalkan kita buat selama-lamanya.Tak mungkin saya lupa senyumannya, gurauannya dan aksi kami ketika bergambar berdua. Terasa masih terlalu baru perjumpaan itu. Berita kematiannya saya terima agak lewat hari tu kerana masalah telefon. Walau bagaimanapu saya sempat keseremban memandu seorang diri kerana kawan2 yang lain dah pergi awal lagi, sudah agak terlewat ketika tiba di seremban, ramai rakan2 yang lain sudah balik ketika itu . Saya terus ke Masjid dan ketika itu jenazah sedang disembahyangkan. Itu kenangan terakhir saya bersama arwah Kamaruzaman. Kenangan yang cukup terkesan di jiwa saya mengenai seorang kawan lama.

Oleh yang demikian saya benar-benar berharap agar TGG kali ini akan menjadi kenyataan buat saya kerana saya teringin benar berjumpa rakan2 lama seperti Zainab, Anum, Maria, Sundarwati dan ramai lagi.

Saya tak tau kenapa timing saya untuk gathering selalu je tak kena. Saya selalu terkilan keranan apabila ada gathering saya sedang bertugas, yang terkini adalah perjumpaan hariraya. Ketika itu saya di Perlis menemuramah pelajar2 baru untuk kemasukan UiTM sesi Dis ni.

Kepada rakan-rakan sekelian harap anda dapat memberi kerjasama untuk menjayakan TGG tahun depan. Izan kata untuk TGG kali ni di harap rakan2 lain yang tidak dapat dijejaki dapat ditemui pada TGG kali ini.Pesanan buat Lanun, jalankan tugas anda seperti biasa menjejak kasih rakan-rakan kita ini supaya boleh memeriahkan lagi TGG kali ini.

Bagi yang mempunyai cadangan, bolehlah diusulkan diblog ini atau email pada Pak Mail dan Rose orang kuat Alumni KLP ni. Kalau nak bagitau saya pun tak pe...kita pilih tempat2 yang sesuai dengan harga yang berpatutan dan suasana yang boleh mengembalikan kita pada zaman persekolahan dulu. Salam ingatan untuk semua dari Mak Aji.

8 comments:

  1. Mak Aji2 tak sempat2 lagi nak TGG mcm dulu juga perangai ko tak sabar2 nak kawin...saampai pagar KLP pun ko bole lompat...salute sama lu punya semangat...

    Patut aku snap gambar ko masa tengah lompat pagar...

    ReplyDelete
  2. Ala Danial...aku tau kau frust dengan aku...tu pasal kau nak jadik paparazi ambil gambar aku tengah panjat pagar KLP nak jumpa BF aku masa tu....kau orang semua tak berani nak dekat aku sebenarnya...sebab aku brutal semacam...Kalau kau jadik laki aku mesti kena tarik telinga hari-hari...

    ReplyDelete
  3. Ya la mak aji byk la kau punyer tarik.. bila nk pekena tea tarik.. tarik izan sekali bole gak bincang2 pasal TGG Januari ni.. kalau boleh Mail n Rose joint la sekali..

    ReplyDelete
  4. Gua memang kaki teh tarik. Lu ajak, gua mesti datang. Mak Aji, lu set lah teh tari session. Pak Mail, bila lagi mau gather gathering. Gua dah tak sabar nak mengayat dan mengorat.

    Bravo Izan, gua memang respect lah sama lu. Lu memang berani beb. Berani segala-galanya beb. Gua pun tangkap lentuk tengok lu menyanyi kat Saloma itu hari.

    Kali ni gua mau lu bikin kow-kow punya TGG. Kasi gempak sikit. Kasi lentuk dan kasi leleh semua orang.

    ReplyDelete
  5. Aku stuju Izan jadi Pengarah Projek. Dia memang berkaliber. Kalau nak buat pada bulan Januari, pastikan tarikh tu sesuai untuk semua orang terutama yang tinggal kat negeri lain.

    Kita kena start dah. Masa tak banyak. Kita kena buat perjumpaan utk bincang benda ni. Nanti kita calling2 untuk sessi teh tarik.

    ReplyDelete
  6. Mail...nanti kita buat gathering bincangkan pasal TGG ni dalam masa terdekat ye...Aku nak ajak ramai jadi AJKnya barulah meriah giler...itupun kalau Izan setuju. Ada yang cadangkan Sharul Bariah sebab dia sentiasa available. Aku pun nak ajak Yong, Rozie dan Boone menganggotai AJK baru TGG 2010 ni. Aku dengar Izan dah ada calun2nya.

    ReplyDelete
  7. ucapan thaniah dan tuhan je yang akan balas atas usaha sukerela tanpa kira kepentingan diri tetapi kepentingan silaratulrahim kawan2.apa pun yang dirancang i ok je tapi maklum tarikh dan comfirm untuk I yang jauh dan terikat ini.bye oh ya kalau boleh edarkan nama dan nomber hp atas persetujuan empunya dimalam perjumpaan nanti.

    ReplyDelete

You are free to comment here...