Monday, December 7, 2009

TGG @ Flamingo


Semua warga KLP1981 adalah dijemput hadir ke TGG2010.
Tempat dan tarikh adalah seperti diatas. Kalau tak terang, besarkan image tu.
Kali ni, committee yang diketuai oleh Izan telah memilih tema seperti berikut:-
Tema majlis: Red Carpet Nite
Pakaian: Glamour
Marilah kita sama-sama memeriahkan malam Red Carpet Nite ini dengan pakaian yang glamour-glamour bagaikan bintang hollywood di grammy award. Jangan berpakaian dedah-dedah yer, tak boleh. Kita akan sediakan hadiah untuk yang berpakaian paling 'best' dan ada juga hadiah untuk yang berpakaian paling tak 'best' atau teruk.
Bayaran kali ini telah ditetapkan sebanyak RM100.oo seorang. Bayaran boleh dibuat melalui akaun MBB 114253034348 (Roselina bt Bahaudin). Pastikan sms Ismail atau Izan atau Rose bila dah bank-in dan simpan bank-in slip untuk rujukan.
Majlis akan dimulai pada pukul 8.00 malam dan akan berakhir pada pukul 12.00 tengahmalam. Kalau nak extend masa pun boleh sebab pihak hotel dah beri kebenaran sampai pukul 1 pagi.
Bermacam-macam acara telah disusun. Antaranya lucky draw, hadiah misteri, karaoke dan kejutan dan kejutan lagi.
Tak lupa juga tentang makanan. Dengar khabar, menunya BBQ. Kita tengoklah sendiri nanti.
Pihak committee mengalu-alukan sebarang idea untuk menghebatkan lagi malam tersebut. Disini kami tak memaksa tetapi sangat menghargainya kalau ada yang dapat memberi sumbangan berupa hamper atau premium items atau apa-apa sahaja dari anda untuk dijadikan hadiah lucky draw.
Sila buat keputusan segera. Anda boleh mengesahkan kedatangan anda kepada:-
Rahman aka Lanun 013-3991473
Ismail Abd Rahman 012-2958985
Izan 017-2551190
Pastikan anda membuat keputusan sebelum 19/12/2009.

20 comments:

  1. Terima kasih Mail ko pos kan TGG ni...usaha2 ko, Izan dan komiti2 sangat berbaloi...ape lagi kawan2 kalau nak lepas rindu berjumpa kembali setelah terpisah 28 tahun yg lalu...jgn lepas peluang anda akan RUGI...

    Kalau nak jumpa si rambut perang/pipi merah, si mata lentik (dah jumpa ke belum, Nun?), si Minanh Ronggeng dan ramai lagi para2 Gadis Ayu tahun 80an...ni lah masanye...

    Kalau nak jumpe kawan2 kita yg glamour namae mcm Mattegak, Mat Kepoh, Mat Macho. Bujang Senang, Soldadu Kerbau dan yg masih 'keep-the-body-slim as ever' mcm Tg Rosman, Rod, Mail...hah ni la masanye...

    Harapan kawan2 yg miss TGG last year dapat attend dan gegarkan suasana malam 30 Jan itu!

    Jumpa Di Sana...Di Sana..Di Sana...

    ReplyDelete
  2. Hello Dan..

    Mattegak not sure leh joint ke tak lagi... Tunggu respon dari Sue dulu.... Aku tau dia rindu sesangat nak jumpa aku tu...

    Sue camne kau confirm datang kan... Aku dah lama tak gaduh dengan kau sue... hahahahaha

    Sue datang jangan tak datang sue...

    ReplyDelete
  3. Alahai........ada majlis kat flamingo. Seronoknya dapat jumpa ngan kekawan. Yang pastinya, minah akan sertai.

    Ada hadiah untuk the best dress lah. Alahai, minah tentu akan menang sebab minah akan pakai baju rambu ramba siap ngan kilau kilauan lagikkk. Hahhh......dah tentu si rose ker, izan ker, simata lentik ker, sipipi merah ker, atau sape2 lagi lah pompuan2 klp tu, dah tentu tak boleh lawan minah. Glamour abis youuuuuuu....hi hi hi.

    ReplyDelete
  4. Pergi ke tak pergi... pergi ke tak pergi..Huh!!

    ReplyDelete
  5. iZAN...

    Kalau mattegak couple ngn minah ronggeng cun la tu...... Aku setuju sgt....

    Cuma nak kau tolong carikan couple abg LANUN kita tu........ Kesian dia.. Kesian dia.. Kesian dia... KESIAN DIA..............

    ReplyDelete
  6. Alahai.......kesian lanun, kesian dia. Kalau nak carikan seseorang untuk dia..... seseorang tu mestilah pompuan, kan kan kan.

    Alahai mattegak. Siapalah kamu. Minah tak minatlah yang tegak-tegak sentiasa ni. Minah rasa kamu ni ada masalah.

    Walau apa pun, jumpa minah nanti di Flamingo. Yang paling glamour malam tu nanti, minah lah....hi hi hik.

    ReplyDelete
  7. Macam macam ada... tu kata ketua penganjur TGG@Flamingo. Kalau TGG@Saloma semua hadirin dapat sesuatu, kali ni pun hadirin tak akan pulang dengan tangan kosong.

    Jom ...... kita tengok apa yang hebat sangat malam tu.

    Ada orang tak makan kambing. Aku pulak suka kambing. Kambing jer tak suka aku.

    Izan, dessert ada cheeze cake tak?

    ReplyDelete
  8. Hai Mattegak....klu aku jadik pegi...aku tetap akan cari kau,kau jangan tak jadik pulak....aku siap bawak buahtangan dari arab utk kau MATTEGAK!!!...TUNGGGGUUUUUUUU.....

    ReplyDelete
  9. Hai Sue..

    Amboi.. amboi... siap buah tangan lg utk mattegak tu... Aku penyer tak de ke sue...
    Untuk aku kau bawak la minah arab ke...

    Mane yang lain ni... Wei nape senyap je... tak kan nak simpan hari TGG nanti..

    ReplyDelete
  10. Mattegak jgn le mcm tu...lu mesti mau join TGG...Sue nak kasi buah tangan dari arab tu...mesti besor buah tangan ni...

    Karl ko pun sama gak nak buah tangan dari Sue...Sue bagi satu lagi kat Karl, kalau tak merajuk le dia...

    Mat Tenggek amacam ko punya banyak le tenggek tu dah dapat kontek tak Si Mata Lentik?, Fathiah, Azman, Shahidan, Ustaz? dan yg lain2 tu...kalau bole Santhakumari pun ko redah jugak...

    Semakin hari semakin panas begitu la TGG ni! Aku dah tempah pakaian GLAM aku...tak sabar nak menang hadiah istimewa ni.

    ReplyDelete
  11. Hi Karl,

    Kalau kesian kat Lanun tu suruh aje Izan siapkan program untuk dia. Malam TGG nanti beri dia peluang nyanyi atas pentas. Mesti gempak punya!. Hai siapalah org pertama yg akan beri bunga pada dia.... kita tunggu!!

    So Lanun, any comments?

    ReplyDelete
  12. Danial,

    Malam tu semua pun boleh GLAM lah. Pakaian GLAM, Kasut GLAM, Pesen rambut GLAM, sampai tersilau2 dibuatnya!.Tapi satu lah jangan lebih2 GLAM sebab takut ada yg dtg dgn rupa OPERA CINA pulak.... hi..hi..hi..

    ReplyDelete
  13. Sun, datang tau di TGG jgn main 50/50...nak tengok pakaian Sun yg GLAM tu...kita semua pun nak jumpa Sun pasal tak pernah jumpa lagi...

    Pasal rambut GLAM tu kureng kot Sun tapi kepala GLAM yg bersilau-silau tu mungkin ramai! Maklum la dah hampir half-century...pasal OPERA CINA kita tunggu dan lihat...

    Tapi aku rasa tak bole menang pakaian istimewa selagi pinggang aku bersaiz 38"...tak mcm Karl yg maintain 30", Mail 25", Rod 28", Tq Rosman 29", Lanun 24" Boone 26"...baru nampak GLAM and macho...Mail kategori perut paling maju kedepan ade tak?

    Amacam Mat Tenggek jadi tak meeting kita mlm Sabtu di tempat sama hari tu? Banyak benda kita nak bincang ni...

    ReplyDelete
  14. Woi, woi, woi......... lama gua tak masuk blog. Wow, TGG tahun depan dah nak buat. Gua mesti datang. Gua glam2 ni kureng sikit lah. Gua ni rockers. Gua no hal, rockers glam.

    Woi Sun, lu apahal. Datang je lah. Lu jangan pikir2 lagi. Lu suruh lu punya laki jaga anak dekat rumah. Setahun sekali je beb. Takkan tak bleh. Tak rock lah luuu.

    Gua tak caya lah pasal glam. Lu orang tengok lah, mana ada yang perfect shape lagi. Baik lelaki, baik perempuan, semua dah shape macam buah epal dan buah pear. Pakai lawa camana pun, gedebuk dan gedebek tu mana mau sorok. Gua no hal.

    ReplyDelete
  15. Danial,

    50/50 tu sebelum dpt green light. Sekarang dah 100% dpt pergi. Hai terima kasihlah pd abang sayang.

    Hi Mat Kepoh,

    Lu kalau dtg nanti, jangan lupa pakai cermin mata hitam kerana kilauan dan cahaya gemerlapan dari yg GLAM2 akan merosakkan mata. Tapi Lu jangan guna tongkatlah.. nanti org kasi derma pulaklah....itu sudah salah guna kuasa lah!

    ReplyDelete
  16. Sun ko xde calon-calon untuk anbg LANUN tu.. Kesian dia bak PURNAMA MERINDU... dah sampai silau sun.. aku jumpa dia kena tukar psec gelap sun...

    Sue.........

    Hadiah untuk Abg LANUN xde ke.... Hoi mattegak yg kau x sure nk datang pe hal... kenal-kenal kan la diri kau diri.. nama kau kan dh glamour skrg ni.... " TAKUT KE "

    ReplyDelete
  17. Gua tak pakai cermin mata hitam kat TGG, sebab kalau gua tak nampak, gua akan meraba-raba. Kalau gua salah raba, nanti lain plak jadinya. Gua no hal, raba pun, raba lah.

    Gua dengar nanti kat TGG ada sessi luahan perasaan. Apa plak ni. Sape yang nak luah perasaan. Nak luah apa dan pada sape. Kalau camni, gua pun nak luahkan perasaan gua. Tapi tak boleh lah. Sebab nanti bukan air mata je yang meleleh, air liur pun meleleh gak. Power punya leleh.

    Pasal luah perasaan ni, Pak Wan dan Pak Mail dah takut. Gua tak tau lah samada diorang ni takut atau malu. Tapi gua heran lah, sebab permintaan ni datang dari orang pompuan. Apa kata kita suruh je orang pompuan meluahkan perasaan.

    Pasal orang pompuan lak, gua dengar ada yang dah tempah baju. Mesti gempak ni sebab gua dengar baju tu special skit. Gua tak tau lah camana special tu tapi kalau dah buat baju baru untuk TGG, kira special lah tu.

    Gua cuma nak bagi nasihat, kalau ukur baju tu, ukur kat badan sendiri. Tak lah nanti nampak gedebuk dan gedebek. Gua no hal, gedebuk pun gedebuk lah. Nak buat camana?

    ReplyDelete
  18. Amboi,amboi...amboi..MatKepoh sedapnye mengata org pompuan gedebuk gedebek,kalau org pompuan dah gedebuk-gedebek so apa kurangnya org lelaki...gedabak-gedeberrrrrrrr la jawapnyerr...sebab kita semua sama 'level' yer....sendiri mau ingat..he.he

    Karl...sampai hati kata abg Lanun dah bersilau..silau dia tu buat hati pompuan caiiirr tau.Aku memang ada hadiah utk abg Lanun...Boneka dari India....

    ReplyDelete
  19. Izan.... jangan lupa sediakan ambulan. Manalah tahu ada yg tersedak2 hingga susah nak bernafas disebabkan luahan perasaan yg tak disangka2. Hai maklumlah semuanya dah jadi org lama. (Hai tak dapat saya bayangkan kalau yg tersedak2 tu si Mat Kepoh yg sentiasa - no hal atau tak da hal- mungkin malam tu dia yg buat hal pulak)...so stand by Izan!

    ReplyDelete
  20. zan, aku jadi pengantin balik mlm tu.siap suruh mak andam yg make-upkan aku masa kawin dulu tolong make-up kan.boleh?janji aku tetap glamour.tapi yg tak sedapnya danial tetap nak panggil aku jenab.panggilla aku j.lo ke.ke.ke.

    ReplyDelete

You are free to comment here...