Assalamualaikum semua
Di sini ingin saya mencadangkan diadakan satu "calendar of events" KLP1981 bagi 2010. Prinsip disebalik CoE ini mudah. Kita perlu ada satu senarai aktiviti bagi memudahkan kita merancang, menyusun strategi serta persiapan bagi aktiviti 2010. Dengan adanya CoE juga kita mampu menyediakan anggaran bajet diperlukan bagi menganjurkan sesuatu event it. Buat masa ini semua program yang kita adakan adalah secara adhoc dan apabila digarap secara adhoc maka semuanya dilakukan secara mengejut dan tangkap muat. CoE dapat mengatasi masalah ini. Umpamanya, salah satu CoE KLP1981 ialah "annual gathering". Jadi mulai sekarang kita boleh rancangan bila, di mana dan bagaimana "gathering" itu dapat dijalankan. Setelah mengetahui tarikh, umpamanya, mudahlah kita merancang untuk mengambil cuti etc. Ini cadangan saya dan saya bukakan kepada semua teman untuk memberi pandangan.
Sekian. Wassalam
Alahaaaaiiiiii....... Seronoknya minah dengar nak diadakan COE. Dapatlah minah susun program minah supaya tak clash ngan program KLP.
ReplyDeleteOleh kerana wayangsari yang recommend COE, maka elok benorlah kalau wayangsari jadi CEO nya yerrrrr. Minah cadang jer, jangan marah wayangsari.
Sape wayangsari ni?
Yupe, aku stuju dan aku pun stuju dengan saranan Minah Ronggeng.
ReplyDeleteKalau dah ada CoE, senang utk kita buat program. Program rombongan Cik Kiah pun boleh dimasukkan. Program Poco-poco pun boleh, agaknya lah.
So, kawan2. Tunggu apa lagi...... POTONG LAH.
Oooooops......sori. POTONGLAH tu adalah iklan dalam TV, bukannya suruh potong apa-apa yang perlu dipotong. Nanti kalau potong selalu, dah takde benda yang tinggal.
ReplyDeleteKalau nak diadakan CoE, maka adalah keperluan untuk mengadakan committee. Tapi sebelum tu kita kenalah bagi pendapat dan saranan projek2 yang perlu diadakan. Dengan ini, please utarakan apa2 rancangan yang nak dan perlu dibuat supaya ianya dapat disusun.
Kalau tak reti nak tulis dalam blog, call atau email pada yang berkenaaan.
Yang cantik itu kendi,
Yang indah itu bahasa,
Yang diam itu sepi,
Yang berkata itu usaha.