Friday, October 30, 2009

MENCARI RELIABLE AGENT FOR PEMBANTU RUMAH !!

Salam kepada semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ruangan disini bertanyakan berkenaan agent pembantu rumah. Saya akan kehilangan pembantu yang sudah lama bersama saya iaitu selama 13 tahun , jadi korang mestilah tahu betapa risaunya untuk mencari pengganti yang sedia ada ini.
Jika ada sesiapa yang mengenali atau kalau korang sendiri ada buat kerja mengambil pekerja asing ni, please let me know, I have to start searching from now cos mine will be leaving in Feb 2010. Tapi apa-apa pun pembantu tu mestilah tahu bagaimana hendak menghiris rebung bila nak masak lemak cili padi (hehehe...yang ni selingan untuk izan n mail....: )

10 comments:

  1. Amat memalukan apabila seorang wanita tidak mampu menguruskan rumah tangganya...lebih memalukan apabila beliau memerlukan bantuan orang asing untuk melakukan kerja yang sepatutnya beliau sendiri lakukan.....

    ReplyDelete
  2. salam pada wayangsari, akhirnyer walaupun dengan intro yang membara, aku tetap gumbira kerana ko akhirnyer telah mengalahhhh...
    Siapa kata sepatutnyer aku yang kena lakukan kerja-kerja rumah?? kan suami yang kena sediakan semua keperluan isteri tapi kalau isteri dengan rela lakukan...maka pahalalala kami...Kenapa selama ini bila si isteri keluar bekerja, si suami tidak pula merasa maluuuu ?? Dimana kah kederat lelaki yang sepatutnya gagah jika di bandingkan dengan wanita? Dah la bekerja, balik nak siapkan makan minum silaki yang hanya duduk baca paper atau tengok tv...ishhh, aku lagi malu jadi lelaki sebegituuu.....

    ReplyDelete
  3. Banyak lah korang punya rebung.

    Wahai Pn Roselina, kalau nak pilih pembantu dapur yang baik, test dulu, pastu suruh dia potong rebung.

    Skarang, kalau aku nak makan rebung, beli je yg dah siap masak, puas ati. Rebung masak lemak ngan perut sedapkan. Tapi ada orang kata pulak yang rebung ni tak elok untuk lelaki. Nanti performance tak baik. Entah lah.....

    Kalau rebung masak ngan tongkat ali....okay tak???

    ReplyDelete
  4. Weihhh korang....ade kah my earlier comment berbau kebencian terhadap lelaki.?? alamak..aku nak tambah sikit arrr...bukan semua lelaki begitu, cam mail kan, kan...hari ni masak ape mail?? Izan...aku takut kena marah lagi arrr....

    ReplyDelete
  5. Alahai....... ada orang nak cari maid. Nak yang tua ker nak yang muda. Kalau ambik yang muda, pasti suami sentiasa ada kat umah.

    Rose cayaaaaang, banyak2 sabar. Wayangsari tu sengaja nak uji kaum pompuan. Tak yah lah gaduh2, buang karen jerrrrr.

    Alahai...mail. Apasal ngan rebung niiiii. Ada udang di sebalik sudu kerrrrr. Apa apa pun minah suka rebung masak ngan udang, best. Jom kita gi makan ramai2 kat kedai masakan minang. Kat Kg Baru ada 2 kedai minang yang sedap. Jom laaaaaa.

    ReplyDelete
  6. Salam Rose

    Seperti diduga, kau akan bersikap emosional, baru tegur sikit dah terus label semua lelaki "useless bums". Tiada satu perkataan atau ayat dalam aku punya posting yang mencela kaum hawa...cuma aku berkata bukankah lebih baik jika kerja-kerja rumah tu dilakukan oleh isteri (walaupun itu bukan tugasan si isteri) kerana si suami mesti suka dan "appreciate" kerana "the way to man's heart is through his stomach"...nanti kalau pembantu Indon masak tak ke celaru nanti....jeng jeng jeng..

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya aku setuju pendapat wayangsari. Air tangan isteri akan melembutkan hati suami dan anak2. Mak aku selalu berpesan, tinggi mana pelajaran engkau, besar mana pangkat engkau sekalipun, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu jangan sesekali engkau abaikan.Aku memang orang lama `jenis old school' so apa mak aku cakap aku ikut sampai hari ni...

    Pesan Mak Aji bagi wanita2 yang bekerja jangan terlalu sibuk sampai abaikan suami dan keluarga.Luangkan sedikit masa buat keluarga. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

    ReplyDelete
  8. Alahai, Mak Aji dah bersuara. Bagus lah Mak Aji ni. Minah sangat2 setuju ngan Mak Aji. Tapikan....kesian kat suami2 zaman skarang. Makan dan minum, semua disediakan oleh maid.

    Waduh waduhhhh.... kok kapan jadi beginiiiii.

    Wayangsari, minah nak tanya sikit. Ada pakai maid tak?

    ReplyDelete
  9. FYI Minah Rongeng, wayangsari tak ada pakai maid, kami sekeluarga nie bebas "foreign aid". Segala-galanya dilakukan sendiri. Hasil kerjasama kami anak beranak alhamdulillah semuanya beres. Minah Ronggeng pun macam saya kan..tak pakai bantuan asing untuk menguruskan rumah tangga (tak macam Rose dan geng dia...)

    ReplyDelete
  10. Salam Wayang Sari,

    Aku tidak mencela kaum lelaki tapi cuma nak elaborate statement "amat memalukan" dan "lebih memalukan" yang wayang sari ulangkali sebutkan tu...cuba baca betul-betul. Bdw aku rasa wayangsari memang tidak menggunakan bantuan "asing" sebab dia dah gunakan khidmat "pembantu" di rumah!!! Kenapa tetiba aku rasa bersyukur sesangat?? Phewwww...

    ReplyDelete

You are free to comment here...