Lama tak dengar cerita, sunyi pulak rasanya.
Sebenarnya banyak cerita tentang kawan-kawan kita ni. Ada yang sedang (tak abis-abis) membina badan. Isk, isk, isk....... besar macamana lagi dia nak badan dia tu. Ada pulak yang control makan, nak maintain badan cam 28 tahun yang lalu laa katakan.
Bab nak maintain badan ni, ada juga kawan-kawan kita yang gi jogging dan buat exercise tiap-tiap pagi. Ambo respect hok ni, semangaq tinggi ni. Tapikan....mula-mula tiap-tiap pagi. Pastu 3 kali seminggu. Pastu pulak, skali sminggu. Udahnya, bagi alasan kasut jogging anak dah bawak melaram.
Bab exercise ni bagus untuk kita tapi bab makanan perlu juga dijaga. Laa ni banyak kes yang masuk hospital disebabkan makanan. Ada kawan kita dah masuk hospital disebabkan makanan. Kalau tak silap, 3-4 hari jugalah dia kena rehat kat dalam wad tu. Alhamdulillah, skarang dia dah sihat. Nasihat dia kat kita semua "berhati-hati bila makan kat luar terutama kat gerai dan restoran yang kotor".
OK lah. Sampai disini dulu. Lain kali kita cerita lagi. Ambo mintak maaf kalau article ni menyinggung perasa'ang anda. Call aku, kita boleh bawak berbincang sambil pekena teh tarik.
Mail, pekena teh tarik nati beritau saya ok...kot2 saya di KL boleh join sekali...
ReplyDeleteSiapa kawan kita yang sakit tu? sebab saya pun tak tahu berita tu....
Salam semua,
ReplyDeleteYa lah Mail, siapa kawan kita tu. Boleh gak
tanya khabar sekarang ni. Lega jugak u kata dia dah sihat.
Sue, apa khabar?
Hai Sun, saya kabar baik-baik je....lama kita menyepikan,sunyi dan suram blog kita bagaikan tiada berpenghuni....kemanakah perginya kawan-kawan kita semua???entah mengapa begini akhirnya???
ReplyDeleteAku teringin jugak nak join. Dah lam tak ada khabar berita via bloq ni. Ini lah sahaja medium untuk aku mendapat perkhabaran dari Klpian. Come on. Send anything to make things moving.
ReplyDeleteJauh tapi dekat.
OK....nanti kita buat the grand teh tarik. Semua akan diberitahu. Cuma tempat je yang problem sebab group kita ni ramai dan bising. Kita perlu satu tempat yang selesa untuk kita dan orang lain. Sape ada tempat yang sesuai, tolong bagitau.
ReplyDeleteAku tak boleh bagi tau sape yang masuk hospital tu sebab aku kena mintak permission dari yang empunya badan. Tapi kalau Pak Wan tak kisah, aku akan bagi tau nanti. Aku harap Pak Wan tak kisah sebab dah ada kawan2 kita yang dah tau.
Yang masuk hospital tu ialah kawan kita yang keje kat TV sembilang.
Yang jauh di dekat-dekatkan. Yang dekat dilekat-lekatkan. Yang lekat di ...
Oh Pak Wan rupanya. Kerja kat TV9 tu tension agaknya, sampai kesihatan terganggu.Jaga diri baik2 Pak Wan.
ReplyDeleteMail, Yg jauh didekat-dekatkan, yg dekat dilekat2kan.\ Yg Lekat tu mu gamkan aje guna gam kasut habis cerita.
Hi Su, persahabatan kita semua belum berahkir lagi. Jadi sambung2kan lah!
Alhamdulillah and maaf kalau lama tak berinteraksi...tersibuk la sangat buat masa ni...dari pagi sampai ke malam mencari segala2nya...
ReplyDeletePada Ana Minang saya minta maaf tak dapat hadir utk berjumpa kerena alasan diatas...dengar kata Ana akan tunaikan haji pada tahun ini...syukur saya amat terharu bila dengar kawan2 dah mampu tunaikan ibadah haji...saya ucapkan semoga Ana beroleh kesenangan dan haji yg mabrur.