Thursday, February 26, 2009

Majlis TGG

Sahabat-sahabatku yang dihormati. Majlis TGG akan diadakan seperti berikut:-

Tempat : Saloma Bistro, Jalan Ampang.
Tarikh : Sabtu, 14/03/09.
Masa : 7.00pm - 11.00pm
Makanan : Buffet - continental (macam-macam ada)
Surau : Ada
Parking : Parking percuma (takde masalah)

Majlis kita akan diadakan di tempat yang di khaskan untuk kita-kita sahaja. Pihak penganjur akan membuat persediaan yang terbaik untuk anda semua.

Dengan ini semua yang dah confirm perlu membuat bayaran sebanyak RM60.00 seorang secepat mungkin atau pada 27/02/09 atau selewat-lewatnya jika masa suntuk sangat, pada hari berikutnya. Sila bayar melalui akaun seperti berikut:-

No akaun : 16444100007957
Bank : RHB
Nama : Noor Adilah Binti Hussin
Jenis akaun : Saving


atau

No Akaun : 114011374373
Bank : MBB
Nama : Ismail B. Abdul Rahman
Jenis Akaun : Saving

Sila email atau sms kepada Adila atau Ismail selepas membuat transaksi dan tolong simpan slip bank dan bagi kepada kami untuk bukti pengesahan.

Dalam perkara ini pihak kami sangat mengharapkan kerjasama dari anda. Ini adalah kerana pihak kami telah membuat tempahan dan bayaran deposit telah dibuat oleh Adila untuk majlis tersebut. Yang masih belum confirm dan masih teragak-agak, pihak kami nasihatkan anda supaya membuat bayaran dahulu supaya pihak kami dapat reservekan satu tempat untuk anda.

Pastikan anda melayari halaman ini selalu kerana pihak penganjur akan memberikan latest update, events dan ...... kejutan.

Kami tidak akan membenarkan anda pulang tanpa kenangan.

Pakaian ala P Ramlee & ala Saloma
Surprise!!! Satu hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang menggenakan pakaian ala P Ramlee untuk lelaki dan ala Saloma untuk perempuan. Ingat, satu hadiah sahaja untuk lelaki dan satu hadiah sahaja untuk perempuan. Jadi, serikan malam tersebut dengan berpakaian ala P Ramlee atau ala Saloma secantik-cantiknya supaya anda dipilih oleh pihak sponsor sebagai pemenang.


Kami akan sediakan karaoke, jadi sesiapa yang ingin mendendangkan lagu, mulakan latihan dari skarang supaya bila nyanyi nanti, tak lah kena baling dengan telur.

Anda di pelawa untuk mendendangkan lagu dan jika nyanyian anda adalah yang terbaik, anda akan diberikan hadiah. Jika nyanyian anda teruk, out of tune, pitching lari, suara tak sedap dan sebagainya, anda juga akan diberi hadiah setimpal dengan usaha anda. Kami juga akan bagi hadiah untuk outstanding performance, misalnya gaya ada lebih, berani, gila-gila sikit dan lain dari yang lain.

Ada lucky draw. Anda berpeluang pulang dengan hadiah yang disumbangkan oleh rakan-rakan kita. Kita tunggu dan lihat siapa yang dapat.

Kami telah menerima beberapa sumbangan dari rakan-rakan kita yang berupa hampers dan premium items. Dengan ini kami harap anda akan pulang dengan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan. Kami akan memastikan semua hadirin akan mendapat sesuatu.

35 comments:

  1. Ini sah bukan tabung Bersamau gan Gaza kan?Sobab Ipin dah pernah derma.Nanti derma banyak banyak orang kata eksyen pulak...

    ReplyDelete
  2. Auntie Su Kuantan cepatlah kompom,lagi pun tak lama lagi Kuantan nak banjir tu.....Auntie Sukasma siang2 dah kompom

    ReplyDelete
  3. Kalau seluar dalam gan singlet Seniman Bujang Lapok tu abah ada lah.........buleh tak????

    ReplyDelete
  4. Ipin, ipin, boleh auntie pinjam corset omak? Ada kaaa ala-ala saloma segala, mana nak cari pinggang kerengga dia...kita nie dah tak berapa nak jumpa dah pinggang, lain la auntie sukasma kita kan ipin....sure dah kembang sikit pinggang dia bila di puji nie..malam tu ipin pakai baju Power Rangers ker?

    ReplyDelete
  5. Omak manalah ada koset.Dia berkemban dah kira baik,lepas tu cover gan kebaya ala-ala Auntie artis yang tengah hot sekarang ni....Baju power rangers dah tak muat,pakai stail Belalang aje,nak dapat hadiah.Dengar cite hadiah dia tidor di Wisma Hanilob 3 hari 2 mlm, makan di tanggung ole Aliza Tomyam........

    ReplyDelete
  6. Ini omak suruh beri peringatan pada Auntie2 semua
    bukan warning,omak cakap Abah tak leh benar tengok pompuan pakai kebaya, dia ni penggerrram.Itu sobab omak dah lama tak pakai koset kat rumah........

    ReplyDelete
  7. Mana Ipin tau Auntie SuKasma siang2 dah confirm nak dtg? Ni mesti kerja uncle Mael sebab dia yang jaga attendance!
    Hai Rose, alangkah bahagianye kalau pinggang Su ni mcm kerengga, makan pun "setoet" je... (perkataan baru Su belajar dari Mael). Malangnye sejak dua menjak ni, selera makan dah bertambah dua kali ganda, jadi bab2 nak pakai kebaya Saloma ni memang dah tak menjadi. Kalau nak pakai pun, kena cover dgn corset tapi Ipin kata mak dia pun dah tak pakai corset lagi, nak pinjam kat sape la pulak?
    Pakai jubah mcm penyanyi nasyid boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Abah Ipin kan nujum,tak yah nak harap info Uncle mael.Upin nasihatkan tak yahlah pakai koset.
    Bayar 60 henget,makannya pula sikit rugiii...
    Nanti camno nak gelek.. Abah Ipin dah antar telegram mengatakan konpom, cuma bayaran aje belum buat sebab kat sini RHB tak jumpa ,lagi pun dua tige hari ini hujan, getah tak leh potong.Telur itik dan ayam kampong pun tak banyak terkumpul......

    ReplyDelete
  9. Abah suruh tanya, Auntie Sukasma pandai tak nari macam Inul.......CD abah dah dirampas dek omak..
    Rasa-rasa Auntie Rose pandai gaknya...kan kan kan

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Mael,

    You ada account dengan CIMB/Maybank/Arab tak? RHB ni payah la sikit...branches dia kat hujung-hujung dunia baru ada...dah tak sabar nak credit ni!!!

    ReplyDelete
  11. Ipin nasihatkan pada pakcik dan makcik yang belum kompom tu,cepat-cepatlah bertindak.Korbankanlah duit deposit tong gas tu aje.....bukan duit ansuran kereta.Abah cakap kita kan nak berjumpa 27thn sekali.Tak payahlah nak pikir panjang sangat...

    ReplyDelete
  12. Akaun post ofis tak ade ke Uncle Mael????

    ReplyDelete
  13. Bujangsenang, kami sangat prihatin tentang kesulitan yang dihadapi oleh anda dan rakan-rakan kita yang lain. Oleh yang demikian kami telah meletakkan satu lagi akaun untuk pembayaran TGG. Sila lihat posting majlis TGG ni yang telah di'update'kan.

    Ipin, lu memang rock lah. Betul cakap ko, bukan senang nak jumpa balik setelah 27thn tak jumpa.

    Aku dengar ada orang dah start rampingkan pinggang dan ada yang cuba-cuba tarian gelek.

    ReplyDelete
  14. nak pegi ke..tak nak pegi..nak pegi ke..tak nak pegi..Ipin tolong auntie sue.Auntie sue dah tak boleh pakai baju kebaya ni,baju kurung boleh tak?korang ni nak menyiksa auntie2 ke???

    ReplyDelete
  15. Pakai ajelah baju yang ada.Gelek tetap gelek.Idea-idea baju ni marahkan Uncle Mael,entah
    mana dia dapat idea ni,mentang mentang isteri dia ada shape lagi agaknya.....Lagi pun masa sekolah dia kempunan nak menengok auntie-auntie pakai kebaya

    ReplyDelete
  16. Mael: Bujangsenang ni Roslan Bujang ker? Amsig bujang lagi ke dia ni. Senang manjang, tiada yang melarang :-D

    Ipin: P Ramlee pernah jadi orang minyak kan? Ko agak ade tak yg datang sbg orang minyak?

    Sukasma: apsal skrg dah ade selera makan? Citer la skit atai calling2 la.

    Intan: Oh Intan, dimanakah dikau tak kunjung2 tiba di blog ini? Nanti tunjukkan I gambar2 tu ye ;-)

    ReplyDelete
  17. oops sorry, Amsig tu bukan bahasa German tapi salah taip. Maksud aku 'Masih bujang lagi ..."

    ReplyDelete
  18. Intan oh Intan, ni citer P Ramlee yang mana satu.

    Tak tau sape bujangsenang ni. Rasanya bukan Roslan Bujang sebab dia tak confirm nak datang.

    Ada ke yang berani datang macam orang minyak. Kalau badan kurus takpe jugak tapi kalau perut boroi.....??

    ReplyDelete
  19. Abah tak berani nak jadi orang minyak, kes niaya oooi. Abah tak sanggup tidur lokap...Tapi mengikut tilikan Upin, Auntie Intan pasti datang,cuma pandai-pandailah Uncle Kushh adjust.

    ReplyDelete
  20. Intan ada di sini don't worry. Siapa yg nak
    jadi orang minyak Intan hadiahkan sesuatu.
    Jika suruh Intan pakai baju kebaya macam
    saloma, saya tak bisa..dah tak comel. Mail kena pakai cermin mata hitam baju kotak2mesti cun ,Ipin nak pakai baju apa yek??? Insyallah kita jumpa nanti.

    ReplyDelete
  21. Uncle Kuuuuuuusssh yang di tunggu dah tiba..Hilanglah kempunan....

    ReplyDelete
  22. Ipin dengar kepada sesiapa yang liat untuk membayar boleh jugak datang,tapi datang sebagai orang minyak,siap dapat hadiah lagi....Amacam ada berani...

    ReplyDelete
  23. Senyum sensorang abah tengok gambar Labu,siapalah yang sudi jadi Manisah....

    ReplyDelete
  24. Kalau setakat bertegur sape boleh la tapi kalau nak bergurau senda, takut kene panggggg!

    ReplyDelete
  25. Ipin: Muka aku ni ade tak mcm p ramlee?

    ReplyDelete
  26. Ade ade ade, macam Dr Rushdi,tapi kalau Uncle Kush datang sebagai Sarjan Hassan lagi best,datang pakai seluar aje, tunjukkan muscle dan bidang dada yang gagagagah itu....pasti ade yang rindu...

    ReplyDelete
  27. Unccle Kush kalau masa sekolah dolu-dolu tolong pegang file gan beg boleh sangat-sangat, sekarang lu pikirlah sendiri.....

    ReplyDelete
  28. Baru ingat nak post kat blog saying kawan kita si Kush ade mirip-mirip p ramlee, alih-alih dah posted pun that statement....does that mean, u will win the p.ramlee look-alike?

    ReplyDelete
  29. I don't think so la Rose coz I just realised that, if you still remember, Norzam anak askar ni memang mirip wajah p ramlee. Muka I tak la sama tapi manis tu adaaaaa.

    I also with regret, to say that I wont be able to make it although I'd like to. Kene pegi Miri la pulak Friday morning and returning Sat nite. Ade project kan kene evaluate and investors are available during that time.

    ReplyDelete
  30. Ipin pilih calon yang pakai baju 22

    ReplyDelete
  31. Abah Ipin dengan berbangga dan berbesar hatinya akan menyumbingkan dua tiga lagu untuk malam tersebut dan abah cakap orang lain jangan haraplah nak dapat hadiah tersebut.Selamat mengharap.....Pukul tiga pagi....

    ReplyDelete
  32. Sesiapa yang belum melunaskan yuran tu, berilah kerjasama pada pihak penganjur, kesian atas usaha mereka....Tak baik melambatkan benda benda yang baik dan murni....

    ReplyDelete
  33. Hadiah melancung-lancung tak ade ke?????

    ReplyDelete
  34. Ada hadiah melancung..kat Bukit Belacan

    ReplyDelete
  35. Bukit belacan dah jadi bukit indon....

    ReplyDelete

You are free to comment here...