Sunday, June 13, 2010

Keputusan Pertandingan Bowling KLP81

Seramai 33 orang telah mengambil bahagian.
Yong dan keluarga, Izan dan Keluarga, Sharul Bariah dan anak saudara, Khairul dan isteri, Nik Harun dan isteri, Ana Minang dan anak2, Enab dan anak2, Rozie dan anak2, Sohana (Anna Al Friday) dan anak2, Mak Aji dan anak2, Mahanum dan anak2, Ismail dan isteri, Rod, Rahman aka Lanun.

Sebanyak 25 hadiah telah disediakan oleh penganjur dengan sumbangan daripada:-
Sanusi, Rose, Laily, Mak Aji, Ana Minang, Lanun, Anna Al Friday, Mahanum, Izan dan Ismail.

Tempat pertama: Izan
Tempat kedua: Daniel (anak Izan)
Tempat ketiga: Khairul

Juri 'mengira' markah: Yong dan anak2.

Pengelola pertandingan: Shuhaimi (suami Izan)

Peserta pertama sampai: Khairul

Peserta paling jauh: Rod (dia kalah sebab dia kata lane kat Alor Star lain sikit)

Peserta paling 'cool': Enab (dia tetap berbangga walaupun bola masuk longkang saje)

Sungguh gamat dan meriah suasana di Ampang Superbowl. Yang baling bola ke belakang pun ada. Suasana bertambah gamat apabila pizza sampai. Tangan kiri pegang pizza, tangan kanan baling bola. Macamana lah tak masuk longkang.

Penganjur ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Kami sangat berpuas hati dengan kerjasama dan sokongan dari anda semua.

7 comments:

  1. Tahniah semua! Ingatkan Rod yg menang. Hari tu bunyi macam bersemangat waja. Nab datang awak pun kalah ya!
    Apa dah jadi Rod.

    Nak tanya Karl, siapa juara longkang hari tu!

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada mak aji jugak sbb 1st time bowling tapi dapat no 6!!!!! Caya la mak aji!!!

    ReplyDelete
  3. mail'bola masuk longkang ja sbb aku nervous Rod ada.Tapi aku tak kisah sbb aku confident Rod mesti bagi hadiah kat aku.kan Rod betul2 bagi,kan.kan.kan

    ReplyDelete
  4. jangan salahkan aku. Kan aku dah katakan bahawa aku bekas bowler SUkma. Nie semua Enab punya pasal la.. Ganggu konsentrasi aje.

    ReplyDelete
  5. Yazmeen...thanks ye...Untie terharu dapat pujian dari Meen, nanti ada masa kita jumpa ye...Hari tu terlalu sangat gabra sampai lupa nak bermesra dengan U all...rasa terkilan gak...

    Anak2 Untie memang nak kenal dengan anak2 kawan Untie...tapi hari tu kita tak cukup masa kan... so nanti ajak your mummy buat gathering lagi...mesti Untie datang bawa keempat2 anak dara Untie tu...

    Izan...kita buat gathering ye..anak2 aku asyik tanya je bila nak jumpa kawan2 Mama dan anak2 diaorang lagi...

    ReplyDelete
  6. memang seronok main bowling jumpa kawan kawan bila nak main lagi nak tebus kekalahan yg dulu, ros senyap aje ni zie dah pandai .......apa apa pun zie menang jugak dpt no 13

    ReplyDelete
  7. terharu nengok zee dah pandai bagi comment...alhamdulillah..hehehe

    ReplyDelete

You are free to comment here...