Monday, February 8, 2010

Di Mana Mereka Sekarang


Minggu nie wayangsari nak memperkenalkan Siti Rohana a.k.a Minang.Sebenarnya tak banyak yang dapat diceritakan mengenai Minang..bukan sebab kisah dirinya "boring" tetapi kerana Minang nie terlalu berahsia dan enggan dirinya ditonjolkan di ruang mingguan ini. Puasa wayangsari pujuk Minang agar bercerita mengenai dirinya tetapi Minang kata 'janganlah, tak apa cerita menariklah mengenai diri I, you ceritalah pasal orang lain.' Tengok tu, amat merendah diri Minang nie. Itulah perwatakan Minang sungguh'humble' dan jarang nak menyakitkan hati orang lain. Always low-profile selalu menyorokkan diri di belakang tabir. Minang nie asalnya dari Hulu Klang. Masa kat KLP dulu Minang ni ambik "double major" dia daftar diri untuk SPM dan juga HSC (rajin budak nie!). Selang setahun, Minang dapat perkhabaran "gumbira". Dia berjaya dalam SPMnya dan ditawarkan belajar di negara asing dalam bidang bahasa - mat saleh bilang "linguistic". Bertahun-tahun di negara asing Minang akhirnya berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana. Kini Minang mengajar di Universiti Malaya. Mendidik anak bangsa memahirkan diri dalam bidang linguistik. Satu usaha murni kan...Selain mendidik anak bangsa Minang jugak kini sedang sibuk menamatkan PhDnya (bukan Perasaan Hasad Dengki tau!) Kata Minang beliau berharap dapat menamatkan PhDnya tidak lama lagi. Katanya perlu dihabiskan cepat sebab anaknya yang sulung sedang mengikuti program matrikulasi dalam bidang perbankan - lebih tepat lagi perbankan Islam. Disebabkan tak banyak maklumat yang diketahui mengenai Minang sekarang terpaksalah wayangsari tamatkan episod kali ini di sini..(Untuk pengetahuan semua Minang pakai baju oren pada Malam TGG yang lalu) Paparan minggu depan...siapa agaknya ek..!

8 comments:

  1. Alhamdulillah Syukur. Kawan Anna telah berjaya. Anna pun bersemangat nak belajar lagi bila tengok kegigihan Minang. Anna juga dulu buat double major. Tapi Wayangsari tak nak ambiltahu. Anna sambil buat lower six ambil second major.July paper.Repeat salah satu subject MCE yg memang klau tak credit tak ke mana masa tu.Malu anak Melayu nak sebut subject apa yg cuma pass tu.Tapi dng usaha gigih Anna lepas juga dpt credit dlm subject tu akhirnya. On d positive side. Kalau tak sebab tak credit subject tu tak mungkin Anna kenal dng semua rakan2 KLP ni kan. Alhamdulillah.......

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah....terkesima den sekejap.
    Anyway, terima kasih Wayangsari. Tak dapat dinafikan Ana ni salah satu "product" KLP. Diharap kenkawan doakan Ana semoga cepat habis dan dianugerahkan dengan kecemerlangan dalam ijazah PhD Ana tu.Amin...Amin..Amin ya rabbalalamin

    ReplyDelete
  3. wayansari wishes to apologise to Anna Al Friday for that not mentioning her as also doing a "double major". It is not an oversight. Anna Al Friday simply appears to be a little impatient (wink...wink). Thats all. wayangsari actually plans to mention that when he writes about Anna Al Friday. Still, wayangsari hopes its not too late to congratulate Anna Al Friday for her success..And to Minang, insya Allah kengkawan akan tetap mendoakan kejayaan saudari dan juga mereka mereka yang lain dalam mengharungi kehidupan ini..wassalam.

    ReplyDelete
  4. Gua pun "double major" gak. Gua "double major" repeat. Lu mau sebut ke, tak mau sebut ke, gua no hal.

    ReplyDelete

You are free to comment here...