Monday, March 9, 2009

Maaf Kawan-kawan: Aku betul2 tak dapat datang....

Minta maaf pada semua kawan2...aku tak dapat datang untuk TGG kali ni.Kalau kau tanya perasaan aku...memang kecewa habis... Aku bertugas so tak dapat nak elak.Pada masa tu aku akan bersama students untuk Khidmat Masyarakat selama tiga hari 13 sampai 15 March. Memang seronok dengar ramai nak datang, tapi kita hanya boleh merancang Allah menentukan segalanya. Selepas ni aku ada misi akademik ke beberapa kampus di UiTM dan agak sibuk sampai akhir bulan April ni...lepas tu final exams students aku lak...tapi tolong jangan samakan aku dengan Din....dia Professor Madya...aku pensyarah kuli...memang ada yang cakap apasal Din boleh datang aku tak leh...

Apa2 pun aku memang nak jumpa U all lagi. Nanti kalau cuti semester aku agak free jugak...so harap2 bulan Mei ni nanti U all boleh buat gathering lagi. Insyaalah aku akan pergi.

Kepada Lanun...ko jangan nak buat spekulasi pulak ye...pujuk rayu ko dah tak berjaya...ayat2 cinta ko pun dah tak jalan lagi...aku tak akan dapat pergi walaupun kau ( ataupun James Bond ko) culik aku sekejap dari tempat aku bertugas tu...So kepada semua kawan2 enjoy yourself...Take care. ( Mak Aji yang sungguh sedih ni)

6 comments:

  1. Iseh ponteng lah kejap Mak Aji, Ipin nak sangat jumpa Mak Aji....Tak ruggedlah Mak Aji niiiii...
    Uncle Rod yang dari Kedah tu pun curi-curi turun

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kenalah tunggu 27thn lagi......

    ReplyDelete
  3. alaaaa....frust giler bila dapat tahu mak aji tak dapat datang, semangat nak jumpa dah la berkobar-kobar. Cdeh laaa...ingat nak kira berapa kerusi mak aji akan beralih duduk malam tu.

    ReplyDelete
  4. Ha.a.la sedih rasanya bila Haryati tak dapat datang tapi rasa happy lak nak jumpa kawan2 lama..gumbiranya!!!

    ReplyDelete
  5. Bagi aje anak murid tu buat karangan 1500 perkataan dan baca muka surat 136 sampai 175 , dalam pada tu menyelinaplah keluar, eleh macam tak biasa plak...

    ReplyDelete
  6. Idea ko baguslah Ipin. Cikgu Ipin buat macam tu ke dulu dulu.

    Aku pun sedih gak bila Mak Aji tak dapat datang. Aku memang harap semua yang dah dapat kita contact akan datang, tapi apa boleh buat, masing-masing ada commitment.

    Dimanakan ku cari ganti,
    Panjang umur kita jumpa lagi.

    ReplyDelete

You are free to comment here...