Saturday, May 7, 2011

Malam Warna Warni TGG Ke 3 KLP 80-81




















" Kemesraan ini janganlah cepat berlalu....semoga kita terus mengekalkan silatulrahim ini sehingga akhir hayat". Semoga dapat bertemu lagi di TGG ke 4 kalau panjang umur.

Gambar di sekitar TGG ke tiga KLP ( 6 Mei 2011)














Gambar2 ini sahaja yang dapat di upload buat masa ni...enjoy ye kawan2...

Saturday, April 23, 2011

Let's color the night



Dah pergi shopping? Dah beli baju yang colourful?




Jangan lupa on 6th May 2011 at Felda Villa, our colourful nite is waiting for us.

PROGRAM FOR

GARDEN DINNER - B.B.Q. BUFFET

7.45 PM

ARRIVAL OF GUESTS

8.15 PM

WELCOME ADDRESS BY COORDINATOR

DOA’ RECITAL

8.30 PM

DINNER & SHOW TIME

ENTERTAINMENT BY IN-HOUSE ARTIST

10.00 PM

KARAOKE

LUCKY DRAW

AWARD OF THE NITE

11.30 PM

GOODNIGHT

Jangan lupa datang dengan baju berwarna-warni.
Ada hadiah untuk the most colourful man/lady.
Yang tak pakai baju warna-warni akan di denda menari tarian gelek atas pentas.


Thursday, March 10, 2011

Colourful Nite

Tema TGG kali ni ialah Colourful Nite.

Dress code: Colourful smart casual. Meriahkan malam TGG dengan berpakaian berwarna-warni. Ada hadiah untuk The Most Colourful Gentlement & Lady. Jadi, apa lagi. Cepat, cari baju yang berwarna-warni. Ada berani?

Menu: BBQ buffet. Menarik ni. Makanan akan tersedia seawal pukul 8 mlm. Makan sampai kenyang.

Entertainment: Ada penyanyi undangan. Siapa yer? Sudah tentu bukan Lady Gaga. Sambil kita makan-makan, sambil borak-borak, penyanyi ni akan hiburkan kita.

Karaoke: Kita pun boleh jadi penghibur. Semua digalakkan menyanyi. Tak kiralah pitching lari ker atau nafas semput, belasah je.

Games: Ada games dan games ni pulak yang sungguh menghiburkan. Kita tengok gelagat peserta-peserta nanti.

Lucky draw: Mesti ada. Grand prize pun ada. Apa yer...grand prize nya???

Surprise!!!: Ada kejutan ker? Ada kut . . . . . kita tengok nanti.

TGG kali ni lebih bercorak santai, ala-ala garden party. Kita relax and enjoy the evening.

Anda tentu terhibur dan akan mengingatinya sebagai malam yang indah.

DAFTAR SEKARANG. JANGAN TERTINGGAL BAS.



Thursday, February 17, 2011

TGG 2011

Assalamualaikum,

WCG TGG 2011 yang di ketuai oleh Pn Laily telah bersidang buat kali pertama pada 6/2/2011.
Tempat dan tarikh yang dipilih adalah seperti berikut:-
Tarikh: Jumaat, 6hb May 2011
Masa: 8 malam
Tempat: Felda Villa, Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Bayaran: RM100.00 seorang

Kami sangat berharap kiranya semua KLPians dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menghadiri TGG 2011. Majlis kali ni lebih kepada 'relax and enjoy' atau santai yang bertepatan dengan suasana lokasi yang dipilih.

Bayaran boleh dibuat dari sekarang melalui akaun bank: Maybank 114011-374373 Ismail Abdul Rahman. Tolong bagitau bila dah bank-in dan simpan bank-in slip untuk pengesahan. Tarikh akhir pembayaran adalah pada 11/03/2011. Kerjasama dari anda semua sangat diharapkan.

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila call/sms/email :-
Ismail Abdul Rahman
Hamdan (Skeb)
Abdul Rahman (Lanun)
Haryati (Mak Aji)
...atau mana-mana wgc yang lain.

Tuesday, February 15, 2011

Gambar meeting WGC TGG2011

Laily dan rakan committee (WGC) sedang serius membincangkan tema & aktiviti TGG2011

Ni...nak posing ke, nak meeting??? Diorang ni la yang tak abis-abis mengamatkan suasana.

3 Mak Dara yang sama jelita yang sempat jugak berposing......wei, meeting is on.

2 Bapak Teruna sedang kusyuk mendengar taklimat.

Pok Nik dengan Tshirt KLP datang untuk memberi sokongan yang padu.

Serius nampak diorang ni.......yg tengah tu cam berpotensi jadi pengarah TGG2012.

Meeting baru nak start tapi air dah berkole-kole abis.

Camni lah keadaan meeting TGG. Ada yang serius bermeeting, ada yang berposing dan ada yang sempat bercerita hal lain. Maklumlah skali skala berjumpa. Yang penting meeting success dan persetujuan dicapai.

Friday, February 11, 2011

TGG kali ni bakal gempak...

Salam kawan2...dah lama Mak Aji tak menulis di blog ni....terlalu sibuk dengan kuliah dan menjaga ibu yang sakit. Mak Aji nak ucapkan terima kasih kepada Laily dan Hajjah Rohana kita yang sempat meluangkan masa melawat emak Mak Aji ari tu...Alhamdulillah sekarang ini ada sedikit kesempatan dan ruang untuk menulis di blog kesayangan kita ni.

Mak Aji berkesempatan menghadiri mesyuarat pertama TGG yang dihadiri ramai kawan2 kita. Terima kasih tak terhingga kepada Mail yang tidak pernah menghampakan saya untuk menumpang kereta beliau ke tempat mesyuarat di Kedai makan NZ di Wangsa Maju. Tanpa Mail...susah gak saya nak bergerak sebabnya...bukan tak boleh drive sendiri...tapi semenjak dua menjak dah masuk usia setengah abab ni Mak Aji tak boleh drive malam...maalumlah kita dah semakin `muda'....hahahahaha

Ok lah cite pasal meeting pertama TGG tu memang hebat betul lah...lebih2 lagi program koordinator kita yang begitu komited dan serius menjalankan aktiviti dan mengatur perancangan TGG sampai macam nak gaduh bunyinya malam tu...Nampak sungguh kegigihan Laily dan Hajjah Rohana kita yang berusaha merealisasikan TGG kali ni. Yang lain malam tu termasuk Mail, Rose, Enab, Boy, Skeb, Lanun, Yong, danial , Pak Wan dan Nik ( Branang) begitu rancak mengeluarkan pendapat masing-masing supaya TGG kali ini menjadi Annual gathering yang gempak dan memorable...so kawan2 semua...jom kita nantikan our next TGG yang bakal diadakan pada April ni...tarikh akan diberitahu kelak...ok kawan2...jumpa disana nanti ye...

P/S...Thanks to Nik dan Pak Wan yang sanggup datang dari Beranang dan Bangi bagi menghadiri meeting TGG dan secara tak langsung sesi teh tarik kita malam tu...jangan lupa meeting kedua menjelang...

Tuesday, February 8, 2011

Se Malam di Kuantan

Aku nak cerita sikit pasal trip aku ke Kuantan. Aku dilahirkan dan dibesarkan di sana. Aku kerap ke sana sebab ia merupakan tempat yang paling aku suka pergi. Lagipun kakak aku tinggal kat sana. Jadi, takde masalah dengan tempat tinggal. Banyak tempat yang menarik kat sana tapi aku suka bawa famili aku ke tempat-tempat yang adventurous sikit seperti Sg Lembing.




Kali ni trip aku lain sikit. Sebab bila sampai di sana, aku telah menalipon rakan kita yang telah menetap di sana, Sue Noraini (kawan baik Mak Aji). Apa lagi, kawan kita ni terus ajak makan malam. Dia suruh bawak famili skali. Katanya dia nak belanja makan lempeng. Aku pun bukan stakat bawak famili je, aku bawak mak aku skali dan kakak aku serta anak kakak aku pun aku ajak sama. Biar terkejut Sue dan Rosli. Satu gerabak aku bawak.



Walaupun malam tu hujan renyai-renyai tapi suasana cukup meriah. Sue dan Rosli datang dengan anak bujang mereka. Lempeng kat sini special dan sedap. Dimakan dengan sardin atau kari daging. Berselera famili aku makan. Terima kasih Sue, terima kasih Rosli.

Kesimpulannya, bercuti-cuti lah di Kuantan. Banyak tempat menarik di sana. Tapi jangan lupa contact rakan kita ni. Rapatkan silaturahim antara kita. Begitu juga kalau ke Alor Star, contact Rod. Dan kalau ke Johor Bahru, contact Azri.

Seperti biasa sebelum balik, aku akan pergi ke tempat nelayan dan kilang keropok, beli keropok lekor yang masih panas. . . .

Saturday, December 18, 2010

Balasungkawa: Haji Rafflis bin Ismail (1930 - 2010)

Tepat jam 0045hrs Jumaat 11 Muharam 1432 bersama 17 Disember 2010 ayahandaku yang amat dikasihi Haji Rafflis Ismail telah kembali ke Rahmatullah -- sesungguhnya janji Allah swt itu pasti -- tidak lewat sesaat tidak cepat seminit.




Ayahanda pergi setelah bergelut dengan barah hati selama empat tahun.

Pemergian ayahanda amat pantas. Ayahanda mengadu sakit perut pada hari Rabu. Seperti biasa ubat penahan sakit diberi segera. Alhamdulillah sakitnya lega. Tetapi ianya sementara cuma. Pada hari Khamis ayahanda mengadu sakit perut lagi. Adikku, Rafidah (beliau amat banyak berjasa kepada ayahanda) memutuskan untuk membawa ayahanda ke hospital Sg Buloh. Setelah diperiksa, doktor berkata, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana hospital berkenaan tiada peralatan dan kepakaran untuk merawat penyakit seperti ayahanda hidapi. Kata mereka, hanya ubat penahan sakit boleh diberi.Seandainya mahu rawatan pakar, ayahanda dicadangkan dihantar ke Hospital Selayang. Ayahanda kata tak mengapa -- sakit dah mula reda. Doktor pun kata ayahanda boleh balik, tetapi sebelum dibenarkan pulang, berbondong-bondong ubat dibekalkan.

Petang hari Khamis yang sama, keadaan ayahanda semakin teruk. Sakit semakin kuat. Ayahanda muntah -- banyak sekali yang dimuntahkannya. Rafidah - kami adik beradik memanggilnya Didah - menelefonku.

"Wan, ayah mengadu sakit perut. Apa perlu Didah buat?" tanya Didah - panik. Aku kata, tenang. "Siapkan ayahanda, bawa dia ke Hospital Selayang, segera. Wan menyusul." Itu balasanku.

Tiba di hospital, keadaan ayahanda semakin teruk. Mula tidak keruan kerana menahan sakit. Doktor segera memberi morfin - penahan sakit terbaik. Selepas itu, ayahanda, seolah-olah di alam lain. Dia mula minta-minta mahu keluar hospital. Pastinya itu mustahil kerana bermacam-macam tiub sudah disambungkan pada tangan ayahanda. Malah, ayahanda diberi oksigen. Pada awalnya, doktor menjangkakan ayahanda kena serangan jantung kerana ayahanda memanifestasikan simptom-simpton serangan jantung. Nyata itu meleset dan dengan itu kesihatan ayah juga terus meleset. Doktor segera memasukkan ayah ke Wad 9A. Ayahanda tidak lama di situ. Kesihatan ayahanda semakin kritikal. Nampak seperti semakin hampir...Doktor semakin gusar. Kata mereka, ayahanda perlu segera ke Tingkat 5 -- kami pula panik. Di tingkat 5 terletaknya ICU, CCu dan HDW. Ayahanda diletakkan di HDW atau High Dependency Ward. Ayah sudah tidak memberi apa-apa respons langsung. Macam-macam bermain di kepala. "Is this the end? Can we delay the inevitable? Persoalan itu berlegar difikiran. Adik beradik sudah mula berkumpul. Ibu tiri juga berada di luar ward. Menangis. Berjam-jam menanti, lebih kurang jam 11 malam doktor memanggil semua waris. Doktor kata bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kamidibenarkan berhimpun di katil ayahanda. Buatlah apa yang perlu. Baca Yasin. Berdoa. Buatlah apa yang perlu, kata doktor. Kami sekeluarga dibiarkan bersendirian. Ada yang membaca yassin, ada yang membisikkan syahadah di telinga ayahanda dan ada juga yang mengurut-urut kaki dan tangan ayahanda. Di hati kami berharap agar ayahanda kembali sedar dan memberikan senyuman. Tetapi terbenam jauh di ruang hati, kami tahu ayahanda sudah tiada. Tanggapan itu nyata benar. Tepat jam 1245 pagi Jumaat 11 Muharam doktor memyampaikan perkhabaran yang kami semua sudah jangkakan. "Maaf, ayahanda awak sudah tiada."

"Selamat tinggal ayahanda."



"Wan kini yatim piatu. Ayah dah pergi,dengan siapa Wan nak gaduh? Dengan siapa Wan nak tanya pasal kehidupan ini? Tidak dapat lagi Wan dengar "anecdotes" ayahanda yang menarik didengar."


Selamat tinggal ayahanda.

Maafkan segala kesilapan Wan.

Sesungguhnya kami sekeluarga redha dengan pemergian ayahanda. Berihatlah. Tenanglah. Janganlah risau mengenai kami anak-anak ayahanda. Biarlah kami mengharungi kehidupan ini. Insya Allah, ayahanda sudah memberi bekalan secukupnya untuk kami melangkah ke hadapan. Tidurlah...kami - anak-anak ayahanda - akan menyusul.

Wan doakan semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang yang terpuji di sisi-Nya.

Amin dan Al Fatehah.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Wednesday, December 15, 2010

Blog Semakin Sepi Dengan Komen dan Tiada Sambutan

Entah apa silap dan dimana salahnya, blog kita sejak kebelakangan ni semakin kurang mendapat sambutan. Mak Aji cuba sedaya upaya menyatukan kawan-kawan dengan menulis email dan melahirkan cetusan perasaan di blog, tapi ternyata sememangnya kurang berkesan. kalau ada yang membalas cuma dua tiga orang sahaja. Itu pun dengan sepatah dua kata yang seakan melepaskan batuk ditangga.

Mak Aji pernah teringat kata-kata Allahyarham kentat atau Kamarudzaman semasa hayatnya yang aktif menulis diblog KLP setahun lalu, katanya beliau agak sedih bila blog tak ada sambutan, akhirnya menyuruh Mak Aji uploadkan lagu2 dan zikir untuk tatapan rakan2...rupa2nya permintaan itu adalah permintaan terakhir beliau sebelum meninggalkan kita buat selamanya. Selepas beliau tiada, blog kembali aktif...tapi dah terlambat kan...sekarang blog kembali kusam dan tidak bermaya...

Kawan2...jika ada yang terkecil hati dan berselisih faham serta mungkin ada sedikit perasaan kurang senang sesama rakan-rakan KLP yang lain...kita maafkan sahaja...kita manusia biasa yang tidak sunyi dari membuat salah dan silap...beri lah kemaafan kepada rakan kerana pada usia kita belum tentu esok masih ada buat kita.

Sama-samalah kita menghargai sebuah persahabatan yang terjalin semula setelah terputus hampir 30 tahun lalu. Hargai masa yang Allah berikan pada kita ketika ini.Mak Aji mohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yang mungkin ada tersingung dan berkecil hati dengan mak Aji. Mungkin jika selepas ini blog semakin suram dan tiada sambutan Mak Aji akan menarik diri dari menjadi contributer kepada blog ini. Fikir-fikirkan lah sahabat2 semua....

Salam Ukhuwah buat semua....

Tuesday, December 14, 2010